Guitar Talk: USB Guitar Interface


Terpikir nak dapatkan sebuah USB guitar interface, untuk sambung gitar/bass aku kat PC, jadikan PC sebagai amp dan effects modulation console, sekurang-kurangnya speaker system PC aku boleh tahan jugak (Creative 2.1 speaker je), lebih kuat daripada Micro-Cube aku. With USB interface, there's many possibilities I could come up with - even recording (my sucks guitar playing that is).

Benda yang pertama sekali yang aku pikirkan ialah Behringer UCG102 guitar link, the cheapest USB guitar interface I could find in market. Bentuk yang agak simple dan straight to the point.

The second thing was this Line 6 Pod Studio GX. Yet another quite "affordable" USB guitar/bass interface. Waktu let-go Kelly Kelly awal Julai lepas, *buyer* sempat test-drive Kelly Kelly aku, at his house with this Pod, which was linked to his notebook and then thru normal desktop speakers, the sound was totally awesome. Nampak macam bentuk modem je kan?

And how about this Zoom G1U, selain fungsi pedal utamanya sebagai guitar effects pedal seperti G1M, G1X (dan G-series yang lain), ia juga mempunyai USB connection bla bla bla you got the idea... Dengan pedal ni, aku dapat dua gajet pada satu harga - multi-effects pedal and USB audio interface.

Jadi, kepada mereka-mereka yang ada atau pernah menggunakan USB interface stuff, kiranya bolehlah kongsi sikit pengalaman dan rekomendasi korang di antara ketuga-tiga console kat atas tadi. Sebab aku rasa ada baiknya aku beli USB interface ni berbanding guitar stuff yang lain (another pedal, stompbox or amp). Lagipun aku ni setakat bedroom axeman je (and still learning), nak beli stuff yang agak grand pun tak guna jugak.

-----

Oh ya, sebelum aku lupa, ada lagi satu option "gila-gila" - Vox Tonelab ST, hehehe...

Imej UCG201 link dari website DV247.com, imej Pod Studio GX, G1U dan Tonelab ST link dari website CK Music.

Dikesempatan ni, aku jugak ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada geng-geng Bloggers dan pengikut-pengikut setia blog aku sama ada yang hyperactive atau silent reader.

_____
Ada apa: Nawaitu sauma ghadin... Sahur cornflakes je pagi ni.

Ada Apa Dengan Delite?


Ramadhan akan menjelang tak lama lagi mungkin lusa mungkin khamis, tapi kebiasaannya the day after Watching The Night Sky (uhuk lagu Blaze Bayley ni). Jadi untuk memeriahkan mood Ramadhan, pastinya ada yang dah terpikir "posa nanti nak *sungkei dengan apa eh?". Hah ni aku ada recommendation untuk yang terlampau berkira dan *cokot pasal apa yang diorang minum (dari segi ekonomik, kehalalan dan kesihatan).

*sungkei/sungkai = berbuka puasa
*
cokot = kedekut

Antara minuman kegemaran aku (selain Gatorade dan Bundaberg hehehe) yang best, sedap dan murah (RM1.80-2.20 per 1 litre tetrapak). Produk daripada Delite, murah daripada produk Yeo's dan Season F&N yang ada di pasaran (yang biasanya dalam RM2.00-2.50 per 1 litre tetrapak). Walaupun rasanya tidak sehebat produk Joy dan Marigold, tapi kelebihannya ialah fusion (gabungan) antara dua atau lebih perisa.

Tiga daripada empat perisa kegemaran (1) teh hijau perisa lemon - lebih kurang macam iced lemon green tea (2) kranberi dan epal (3) buah campur. Perisa kegemaran keempat ialah sayuran & buah-buahan. Naruto dan Master Yoda hanyalah sebagai penyeri.

The best way to consume this drinks - definitely with lots of ice! Ia juga enak diminum begitu sahaja... Sebab tu aku buat entri ni sebelum Ramadhan.

Selamat berpuasa dari Ijau D. Koceng (few days in advance).

More info please visit Amoy Cannning website.

_____
Ada apa: Walau apapun juadah kita untuk sungkei, buah kurma jangan dilupakan ;)

WASP - Dominator


Dah lama aku mencari album ni kat eBay, tapi semua mahal-mahal belaka, sama macam kes The Man Who Would Not Die dan My Winter Storm. Paling murah aku pernah jumpa kat eBay tapi seller from Israel, jangan harap...

Bungkusan bersetem besar (macam setem Suffer Our Pleasure hari tu) dari UK ni berisi album Dominator iaitu album studio *ke-13 (info Wiki) daripada kugiran Rock lagenda 80an yang terkenal dengan lagu "Anak Liar", bukan Sofea tapi W.A.S.P. (WASP sajalah, malas aku nak taip titik banyak-banyak).

*Erk? Dah 13 album? Latest Album Babylon kira yang ke-14 lah?

Aku layan WASP ni macam Dokken, Ozzy Osbourne, AC/DC, Ugly Kid Joe, RATM, dan beberapa kugiran Rock/Metal yang lain, suka tapi tak sampai tahap kumpul semua album. Tidak dapat dinafikan suara Blackie Lawless memang epic! Antara trademark vocal dalam dunia Metal seperti King Diamond dan Ronnie James Dio (to name a few). Kalau dibandingkan suaranya antara lagu Wild Child, LOVE Machine dan Animal (F*** Like A Beast) dengan kesemua lagu dalam album ni, memang tak berubah langsung, still maintaining the angst.

eBay purchase info

  • Purchased from: kenneth5448
  • Location: UK
  • Condition: Like new
  • Price paid: £7.50+3.00 (RM53.22) menang bid
  • Ordered: 19/07/2010
  • Received: 02/08/2010
  • Label: (C) Rockworx Inc. under exclusive license to Demolition Records <- mana (P) dan tahunnya?
  • Publisher: ?
  • Made in: ?

CD dan inlay diterima dalam keadaan agak memuaskan like new, cuma jewel case ada keretakan minor. Tapi aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena dengan CD ni, akan aku ceritakan kemudian.

Tracklist

  1. Mercy
  2. Long, Long Way To Go
  3. Take Me Up
  4. The Burning Man
  5. Heaven's Hung In Black
  6. Heaven's Blessed
  7. Theacer
  8. Heaven's Hung In Black (Reprise)
  9. Deal With The Devil

Bagi aku, album ni antara super album yang aku pernah dengar. Semua lagu bestest (ayat Abang Ben) belaka, no filler just killer... Or maybe Deal With The Devil yang aku rasa agak kureng sikit berbanding tujuh lagu yang lain sebab iramanya ada unsur-unsur 80's Rock & Roll. Kureng pun tapi aku bagi 4/5 bintang manakala lagu-lagu lain 5/5 bintang. Lagu paling aku suka The Burning Man sebab intro licknya best dan Take Me Up yang agak ballad.

Waktu album ni dikeluarkan (2007) seperti biasa aku sedut mp3 dulu kemudian convert kepada audio CD untuk dipasang dalam Imago aku. Album ni selalu menjadi teman pemanduan jarak jauhku bersama-sama Black Rain dan 10th Anniversary Super Best.

Berdasarkan pengalaman aku membeli CD dari Hong Kong dan Ukraine dulu, aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan CD ni. I've suspected it's an imitation, counterfeit or non-official pressing. Aku googled barcode CD ni 4601250347059 semuanya menuju ke arah website dalam bahasa Russia. Cuba bandingkan dengan barcode 5060011191604 daripada official Demolition Records pressing (sample image here).

Aku hubungi seller untuk penjelasan, kalau betul ia merupakan Russian pressing, kenapa seller tak mention dalam item description? [Point of dispute here] Seller menafikan ia bukanlah Russian pressing, katanya CD ni dibeli kat HMV on official release date. Kalau aku tau Russian pressing buat apa aku nak bid sampai £7.50 (starting bid at £0.99). Kecuali kalau Russian Press under Irond label (macam CD Crows Fly Black).

Seperti biasa kalau kes macam ni aku akan bukak dispute kat paypal untuk selesaikan masalah. Setelah runding-runding dengan seller, dia setuju refund duit aku termasuk postage cost dengan syarat aku pulangkan semula CD. Kalau setakat di bawah RM20 macam Blooddrunk aku tak kisahlah ni £10.50 beb = RM53.22! Kalau dapat official Demolition pressing aku tak kisah pun kalau mahal. Isnin nanti aku pos hantar balik UK...

Kepada geng-geng bloggers di luar sana, kalau korang ada jumpa album ni dijual kat Malaysia (versi ori ye bukan versi RM5), bagitau aku seberapa pantas...

_____
Ada apa: Next target maybe Babylon atau kompilasi Best Of...

Metallica - Kill 'Em All


Sebenarnya aku lambat layan Metallica ni, maybe somewhere in mid 90s, same case as all my favourite bands, semuanya atas pengaruh rakan-rakan sebaya yang waktu tu tengah gila layan Thrash Metal (aku jadi mangsa tukang buat acuan dye baju).

Metallica ni aku start layan waktu perantaraan album Black dan Load, waktu tu aku nak cari kelainan sikit bila dah agak muak dengan Grunge dan Alternative (zaman The Offspring, Nirvana, Green Day dan OAG), jadi beralih arah kepada Heavy Metal & Co. Bila terasa bestest (ayat Abang Ben ni) baru terkial-kial cari stuff lama diorang.

Sememangnya aku dah ada complete mp3 discography Metallica, tapi ada apa dengan koleksi mp3? But as a collector as you might know, the story goes on... And here it is, Metallica's first album - Kill 'Em All.

Jewel case yang agak seasoned, tapi inlay dan CD masih lagi dalam keadaan memuaskan.

eBay purchase info

  • Purchased from: nicks.1981
  • Location: UK
  • Condition: Used
  • Price paid: £2.20+2.00 (RM21.19) menang bid
  • Ordered: 20/07/2010
  • Received: 29/07/2010
  • Label: (P) 1983 (C) 1989 Metallica (1989 rasa-rasanya first pressing in CD version kot?)
  • Publisher: Polygram Music Publishing
  • Made in: Finland?

You know the songs, you know the list...

Info dalam inlay, ada beberapa lagu yang digubah bersama-sama Abang Mus. Atleast diorang bubuh credits nama Abang Mus, tak rip-off harta intelek orang lain hehehe...

Standard 80's CD art.

Lars kontrol hensem hahaha!

Seek And Destroy merupakan lagu pertama yang aku dengar dari album ni (dari album kompilasi mp3), mula-mula memang aku tergelak dengar suara "kecik" Hetfield, memang jauh berbeza dengan suara "jantan"nya dari album Black.

Metallica in the late 80s, aku suka imej Hetfield zaman ni.

Aku tau kat Malaysia pun ada jual album ni, jadi kenapa aku beli dari eBay lagi? (1) Sebab versi remastered Malaysia printing tak cantik, macam kerja ala kadar. (2) Dan ia dijual dengan harga RM40+ dari dulu sampai sekarang tak pernah ada kedai yang buat promosi jual murah stock clearance. (3) Album-album lama Metallica (kecuali Master Of Puppets) tak berapa priority dalam koleksi aku, jadi cari pelan-pelan yang lelong murah-murah kat eBay.

Kill 'Em All bukanlah zaman aku, jadi aku tak dapat nak komen macam-macam pasal album ni selain pelengkap koleksi, just another classic album... Apa pulak pendapat otai-otai kita?

_____
Ada apa: Next target, Justice and Black...

Ada Apa Dengan Poetry For The Poisoned?


Album studio kesembilan dari band Power Metal Kamelot iaitu Poetry For The Poiseoned yang bakal dikeluarkan pada 10/9/2010 kelak (raya?), setelah hampir tiga tahun selepas album Ghost Opera (2007) dikeluarkan. Dengan penampilan Sean Tibbetts, bassist "asal" dan founding member Kamelot menggantikan Glenn Barry yang mengundurkan diri.

Seperti biasa, aku peminat Kamelot (since Karma) pastinya akan menanti listing album ni kat eBay, sebab album aku rasa tak akan masuk Malaysia, kalau ada pun mungkin versi yang "bukan-bukan". Once got listed, kompom terus order...

Cool cover art, some say worse though.
(imej link dari Wikipedia)

Album ni seperti beberapa album sebelumnya menampilkan beberapa orang artis jemputan antaranya Björn "Speed" Strid (Soilwork), Jon Oliva (Savatage, Jon Oliva's Pain), Gus G. (Firewind, Ozzy Osbourne), Amanda Somerville dan tak lupa seperti biasa - tak lain tak bukan Simone Simon (Epica).

More story on Blabbermouth.net

_____
Ada apa: Hopefully it'll be on par (or over) with The Black Halo album...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger