2012 bakal menutup tirainya beberapa hari lagi. Mengimbas kembali antara peristiwa penting, bersejarah dan menarik dalam AADI sepanjang 2012...
Music Life
1)
Metuk Ulau Project (MUP) - Tahun 2012, MUP makin menjadi-jadi, hampir setiap bulan ada sessi jamming. MUP juga telah menyertai beberapa gig dan persembahan awam di Bintulu (ada kalanya sebagai entiti Hepi;) disebabkan korum MUP tak cukup), antaranya -
Opening Season Gig 2012,
Ngiling Tikai,
Berambeh,
Ramah Tamah Aidilfitri dan yang paling gempak setakat ini ialah
Oktoberfest 2012.
Opening Season Gig 2012, Telaga Kumang, Tanjung Batu.
Oktoberfest 2012, La Bistro Cafe, Kemena Hotel.
2) Axology - Memperolehi beberapa buah gitar dan efek antaranya; Ibanez
GARTB20, Tanglewood
TSB6, Zoom
G2Nu/
G2.1Nu, Boss
ODB-3, Vox
StompLab IG dan Line 6
Pod HD300. Dan klimaks untuk 2012 ialah Charvel
So-Cal Style 1 HH candy green - "final fantasy" yang menjadi kenyataan.
3) Pickup swap - Juga agak rancak menukar pikap gitar sama ada gitar sendiri mahupun gitar rakan-rakan kebelakangan ni. Antaranya; Tesla Plasma-2 gold set (gitar hibrid si
Korawk), DiMarzio Super Distortion + PAF 36th Anniversary (
Goldie), Tesla Plasma-X1 zebra set (Ibanez
GAX30 Chop A&TS), Seymour Duncan JB Model TB-4 (Cort
VX-2V Donny COG), servis Vantage
428B-DT, solitary Bill Lawrence L-500XL (
Mirage).
Menoleh sejenak ke belakang ketika aku mula-mula
teringin untuk bermain gitar beberapa tahun lepas...
Personal life
Aku jarang bercerita pasal kehidupan peribadi dan keluarga dalam AADI ni, tapi satu peristiwa yang paling bermakna tahun ini ialah ketika menyambut kelahiran puteriku (yang lebih dikenali sebagai Lil'Ijau dalam AADI) pada pukul 5.20 pagi 12/5/2012. Sekarang sudah upgrade jadi versi 3.0, tanggungjawab pun bertambah.
[image removed]
Mungkin ada lagi beberapa peristiwa dan perkara menarik sepanjang 2012 dalam AADI ni yang terlupa untuk dijadikan highlights of the year. Tapi yang pasti 2012 boleh aku rumuskan sebagai tahun batu loncatan dalam kehidupanku.
Dan berkebarangkalian besar ini merupakan entri terakhir aku untuk tahun 2012, kesibukan urusan keluarga dan internet yang agak kurang stabil di kampung ni sedikit sebanyak mengekang aku untuk berblog. Akan kembali ke Bintulu pada 1/1/2013 nanti, insya-Allah...
_____
Ada apa: AADI would like to wish you Happy New Year 2013 - three days in advance, rock on! \m/