Rabu lepas (18/4/2012) aku menerima bungkusan dari Bro Amizan of CK Music berisi multi-effects pedal dari jenama Zoom.
Berbekalkan dana-dana hasil jualan B2, beberapa pedal/stompbox dan aksesori lain di Facebook dan GKC (gali lobang tutup lobang le~), akhirnya dapat juga aku memiliki Zoom G2Nu ni.
Disebabkan tahun lepas aku pernah buat entri pasal G2Nu ni (yang dibeli oleh kawan si Korawk), jadi aku kitar-semula gambar-gambar G2Nu dari entri tersebut (kecuali gambar bungkusan di sebelah kanan tu).
Setelah memilih keputusan untuk kembali kepada kem multi-effects, aku memilih Zoom G2Nu berbanding beberapa jenama/model multi-effects yang ada di pasaran kerana:
- Aku dah biasa dan selesa dengan produk jenama Zoom.
- Saiz yang kecil, boleh muat dalam gigbag.
- Casis dan suis pijak (stomp switch) daripada logam yang pastinya lebih tegap berbanding plastik pada model G1N/G1XN.
- Skrin LCD yang besar dan lebih jelas berbanding 2-digit LED pada model G2/G2.1u (discontinued model).
- Boleh digunakan sebagai USB interface (sama seperti G1u), walaupun aku tak ada masa dan kepakaran nak buat "home recording" .
- Harganya yang dah turun mendadak (RM3xx) berbanding tahun lepas (RM4xx), mungkin disebabkan faktor model G3 yang mengganggu pasarannya.
Kenapa aku tak pilih G3? Atau G5 yang baru saja memasuki pasaran Malaysia? Selain daripada dana yang terhad, sebenarnya aku *tak perlukan multi-effects yang besar, canggih, hebat dan dahsyat, sebab aku dah ada Pod X3 "si Kacang Merah" untuk semua tu. Lagipun sekarang aku dah nak masuk mood maternity paternity, paham-paham sajalah.
Ulasan? Nantilah aku buat dalam entri lain...
_____
Ada apa: *Walaupun sebenarnya dalam hati berkenan dengan Pod HD500 hehehe...
5 komen:
1st!!!! Zoom G2nu ni sesuai untuk buat home-recording ni...chantek!
si kacang merah aku pun dari mula beli smpi skrg blm ada mood dan 'kudrat' aku nak buat home recording
marilah ber'home recording'
Dia beli barang lagi.saya rasa anda punya pengetahuan,keupayaan dan keberanian utk cuba produk baru..apa lagi ..buka store la....hehehe sekadar pendapat.
korok:
blm ada mood...
bro yus:
klu ada peluang dan modal, insya-allah akan buka bisnes kecil2an dgn konsep parts dan aksesori gitar... GKC merupakan percubaan awal
Post a Comment