Selepas menunjukkan tanda-tanda low-bat, akhirnya Imago aku dah mula meragam petang Ahad lepas, langsung tak boleh nak hidupkan enjin walaupun aku dah disabled semua elektronik dalam Imago aku (jam, CD player, ionizer).
Terpaksa meminta bantuan jumpstart daripada Kenari "Djarum Black" Bob Kandar (yang dah beli bateri baru lepas insiden ni) dan kemudian memandu pusing-pusing bandar Bintulu semata-mata untuk mendapatkan cas yang cukup pada bateri untuk menghidupkan enjin pagi esok (sebab petang Ahad bengkel dah tutup).
Isnin lepas, awal-awal pagi lagi (nasib baik enjin dapat hidup, walaupun tersedak-sedak) lepas hantar Mrs. Ijau ke klinik aku pergi ke premis Metro Tyre Service Centre (tempat aku selalu buat alignment dan wheel balancing) untuk membeli bateri baru. Mekanik di premis tu pun agak terkejut macam mana bateri asal Imago aku boleh bertahan sampai lima tahun. Mungkin sebab itu aku masih memilih bateri basah (lead acid) jenama Yokohama sebagai pilihan, sama seperti bateri asal Imago aku.
Kopak juga RM160 tengah-tengah bulan ni, sebenarnya memang aku dah rancang nak tukar bateri minggu depan (lepas gaji), tapi sebab insiden yang tidak dijangka ni aku terpaksa "korek" dana-dana hobi dulu, lepas gaji nanti baru "tutup" balik hehehe...
Moral of the story:
_____
Ada apa: Jangan sampai jadi macam DeLorean dalam cerita Back To The Future.
2 komen:
bateri sel basah rules!! jangan jadi insiden aku dan apai rijal, terkandas di Miri terpaksa beli bateri baru
bateri free maintanence talak boleh percaya la skrg ni....pirahhhhhh
Post a Comment