Sementara menunggu peluang untuk mendapatkan format fizikal album ke-17 Iron Maiden Senjutsu (entah bila), mengimbau kembali album keenam mereka Somewhere In Time yang menyambut ulang tahun ke-35 semalam (29/09/2021), terlepas untuk membuat entri ulang tahun ke-30 lima tahun lepas.
Cover art agak futuristik untuk zamannya (1986). |
Aku hanya menyedari keohseman album ini 15 tahun selepas ia dirilis, sekitar 2000-2002 dilayan melalui format MP3. Bertaraf soundtrack of my life disebabkan memori dan nilai nostalgik ketika album ini dilayan. Muzik dan liriknya masih relevan sehingga kini walaupun didengar ketika 2020an.
Dan otomatik masuk dalam senarai lima teratas album Iron Maiden kegemaran peribadi selain FOTD, VIX , BNW dan DOD, satu-satunya album 80an mereka yang tersenarai. Selain itu, juga satu daripada lima lbum yang selalu dicapai.
Untuk album ini aku cuma ada CD versi remastered 1998 yang diperolehi di Victoria Music Centre, Amcorp Mall pada 12/3/2008.
"Nostalgic value? Waktu kecik-kecik dulu, aku selalu pi rumah Takilala main sama-sama since we're cousins. Abang-abangnya (Gaban & Cimca) selalu pasang lagu-lagu rock (dan beberapa lagu Duran-Duran dan Modern Talking hehehe). During those years 1986-1987 maybe... Aku ingat ada beberapa catchy tunes dari lagu rock yang diorang pasang yang menjadi siulan aku waktu tu, walaupun aku tak tau lagu apa (budak kecik umur 6-7 tahun) - bila dah minat Iron Maiden baru aku tau lagu tu ialah lagu Deja Vu."
"Preserved in time for all to see..." - sumber. |
"Second nostalgic value bila aku menunggu konvokesyen USM somewhere in 2000-2001, aku kerja part-time kat cyber-cafe. Memang aku selalu pasang mp3 Iron Maiden especially album Somewhere In Time dan No Prayer For The Dying. Waktu tu aku mula meminati lagu Wasted Years bila aku perasan liriknya memang lebih kurang macam nasib aku, suka membuang masa, malas study kat USM, terpaksa extended lagi satu semester."
- Entri 2010.
Dalam entri trivia Iron Maiden aku (2011) pula:
1. First IM song/album heard: Deja Vu/Somewhere In Time (1986-1987 tak kenal IM lagi waktu ni)
7. Best IM album: Somewhere In Time
8. IM song with most nostalgic value: Wasted Years
14. Best IM solo: Stranger In A Strange Land - Adrian Smith
Album ini juga bertaraf "lullaby" untuk menidurkan anak-anak tatkala pemanduan jarak jauh balik kampung. Dalam masa yang sama sebagai anti-mengantuk untuk aku yang memandu, kerana aku akan berkaraoke dari lagu Caught Somewhere In Time sehingga Alexander The Great. Efek yang berlawanan.
Jawank oh Jawank.
Wasted Years akan sentiasa ada tempat dalam hati (rujuk perenggan keenam) sebagai lagu "man of the match" dalam album ini. Antara lagu terawal yang aku pelajari ketika mula-mula berhobi bass/gitar 10+ tahun lepas selain lagu The Trooper. Dan kadang-kadang menjadi lagu wajib MUP ketika jamming atau gig.
Up the Irons! \m/
_____
AADI: Perasaan deja vu memang pelik tapi seronok.
1 comment
Semalam satu hari pasang... my all time fav.
Post a Comment