Di dalamnya berisi sebuah pedal jenis stompbox yang memang aku terGAS untuk memilikinya sejak 2010, tetapi dana-dana untuk membelinya selalu saja dirampas untuk membeli benda lain terutamanya multi-effect.
Setelah terGAS hampir tiga tahun, akhirnya kali ni aku "berjaya" memilikinya...
Tak lain tak bukan pedal Boss MT-2 Metal Zone. Sepanjang minggu lepas aku dalam dilema untuk memilih tiga buah pedal metal sama ada Metal Zone, Metal Muff ataupun Fullbore Metal. Setelah membuat kajian tempatan, akhirnya aku memilih Metal Zone atas sebab-sebab berikut:
- Paling murah antara ketiga-tiga pedal.
- Permukaan untuk dipijak lebih luas iaitu 19.25 cm² berbanding 3.15 cm² pada Muff dan Fullbore.
- Kebarangkalian untuk terpijak tombol amatlah rendah.
- Ruangan bateri yang senang diakses.
- Dah lama terGAS untuk memilikinya.
- It's a Boss!
Rasanya tak perlu aku buat ulasan mengenai pedal ni, di luar sana (internet) ada berlambak ulasan sama ada positif dan juga negatif mengenainya. Memang tidak dinafikan MT-2 merupakan antara pedal Boss yang paling popular masuk tahap lagenda seperti DS-1 (bukan DSAI), dan boleh dikatakan "wajib" dimiliki oleh setiap gitaris metal.
Dengan empat tombol EQ (HIGH, LOW, MIDDLE, MID FREQ) terdapat pelbagai kombinasi bunyi metal boleh dihasilkan. Terpulang kepada pengguna untuk mencari "sweet spot" masing-masing. My "sweet spot" so far (in o'clock format) - LEVEL (12-2), HIGH (12), LOW (3), MIDDLE (11), MID FREQ (3), DIST (2).
Dah keluar kem multi-effects? Tak, sekarang aku menghuni kedua-dua kem stompbox dan multi-effects (G2.1Nu, Pod HD300). Ikut pengalaman, kedua-dua multi-effects dan stompbox akan digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian sama ada di bilik
_____
Ada apa: Finally, I'm in the "Zone".
12 komen:
ceh...ingatkan zone apa mula2 tadi haha...anyway Boss memang THE BOSS!
rock ooo
Bro, pernah nampak MT-2 versi merah?
bro sub:
dah try google, xjumpa
Suka ayat ko its a boss tu
Brandd
didmital
didmital = sangpi
got one, pretty heavy sounding, until i got a hold on one of the zoom tri metal.
kalau digandingkan dgn bill lawrence L-500XL lagi heavy kan? hehehe...
yah yah yah. mmg bosss, err tunggu KH-2 sampai dulu ek.. hehehe
dah ada KH-2 nnti kompom dah xpandang bill lawrence
utk warlock atau s-series aku.harap2 ada dana lebihan.hehehe
Post a Comment