[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #5]
Apa lagi aku nak kata? Album Iron Maiden yang menjadi favourite ramai geng-geng bloggers, dan aku tak terkecuali. Kalau orang tanya, album Iron Maiden apa yang aku minat? Aku akan jawab Somewhere In Time [edited: walaupun Piece Of Mind, Fear Of The Dark dan Brave New World pun best jugak]. Berteromber dah cerita nostalgic value album ni dalam entri blognya. Takilala pun pernah buat entri pasal kaset SIT versi pirate 80an (aka versi Eddie Thundercats). Dalam album ni ada satu lagu yang menjadi my all time favourite Iron Maiden song - Wasted Years.
Cover art album ada banyak cameo appearance album/lagu terdahulu, tapi biarlah orang lain yang membincangkannya. CD ni aku beli pada 12/3/2008 kat Victoria Music Centre, Amcorp Mall dengan harga standard RM39.90 (kalau kat Goblinz KK Plaza boleh dapat diskaun RM0.90). Digitally remastered (P) 1998 EMI Records Ltd. (C) 1998 Iron Maiden (Holdings) Ltd. Malaysian press.
Ironi album ni disebabkan temanya yang berkaitan masa, kalau dikaji lagu-lagu dan lirik-lirik dalam album ni memang ada kaitan dengan masa dari Caught Somewhere In Time sehingga Alexander The Great, macam concept album la pulak. Pendek kata, semua lagu-lagu dalam album ni memang best. Aku teringin nak cover lagu Wasted Years dan Stranger In A Strange Land waktu jamming. Tapi malangnya bandmates lain tak tau lagu-lagu ni, diorang cuma tau lagu-lagu top Iron Maiden sahaja.
Nostalgic value? Waktu kecik-kecik dulu, aku selalu pi rumah Takilala main sama-sama since we're cousins. Abang-abangnya (Gaban & Cimca) selalu pasang lagu-lagu rock (dan beberapa lagu Duran-Duran dan Modern Talking hehehe). During those years 1986-1987 maybe... Aku ingat ada beberapa catchy tunes dari lagu rock yang diorang pasang yang menjadi siulan aku waktu tu, walaupun aku tak tau lagu apa (budak kecik umur 6-7 tahun) - bila dah minat Iron Maiden baru aku tau lagu ialah lagu Deja Vu.
Ni la kaset abang Takilala yang aku maksudkan - "preserved in time for all to see..."
Imej cilok dari blog Takilala.
Second nostalgic value bila aku menunggu konvokesyen USM somewhere in 2000-2001, aku kerja part-time kat cyber-cafe. Memang aku selalu pasang mp3 Iron Maiden especially album Somewhere In Time dan No Prayer For The Dying. Waktu tu aku mula meminati lagu Wasted Years bila aku perasan liriknya memang lebih kurang macam nasib aku, suka membuang masa, malas study kat USM, terpaksa extended lagi satu semester.
Tengok video clip lagu Wasted Years memang best (disertakan dalam CD ni as an enhanced Quicktime video). Memang berbeza daripada video clip lagu-lagu Maiden yang sezaman dengannya, kalau video clip lagu lain biasanya diorang akan telonjak-lonjak atas pentas. Yang ni diorang ala-ala jamming kat studio, diselang-selikan dengan slideshow gambar-gambar waktu tour seluruh dunia... Memang best.
Aku tak pernah ada kaset Iron Maiden kecuali album A Real Live One, X-Factor, Virtual XI dan Brave New World. Album-album lama, aku cuma ada versi mp3 (complete discography sehingga album Beast Of The Beast). Mulai 2006 dengan album A Matter Of Life And Death, aku bertekad nak kumpul album-album official released Iron Maiden versi CD pulak (excluding singles). Dan koleksi aku masih jauh dari sasaran... Setakat ni aku belum ada Iron Maiden, Killers, Powerslave, No Prayer For The Dying dan beberapa album Live. Kebanyakkan album yang aku ada merupakan versi 1998 remastered version enhanced CD Malaysian press.
So, Up the Irons! \m/
_____
Ada apa: 01.04.2050 <- sapa perasan nombor ni?
6 komen:
Cover album ni memang best!..ada keputusan EPL tu...Arsenal lawan sapa ek?...nanti kena chek balik...
Skid...West Ham la...titik Arsenal 7-3...Steve Harris kan die hard West Ham...
Aku teringin nak tau booklet enhanced version tu...sama tak gambar dia macam 1st press version...gambo sorang2 kat kawasan macam gurun...dengan kenderaan ala2 futuristic gitu...
yeah! gua pun selalu layan video "Wasted Years" dalam dvd Vision of the Beast.
Satu lagi video yang gua suka dalam dvd tu ialah "Wasting Love" album "Fear of the Dark"
dua dua pembaziran.....ahaks!
skid:
berteromber dah bgtau, 7-3 tu! byk lg parody dlm cover tu - powerslave, aces high, ancient mariner, icarus, avenue, 2 minutes...
berteromber:
inlay sama je, posing kat gurun dressing very2 80s, kereta futuristic (pengaruh back to the future) cuma rasanya ada tmbhn bbrp gmbr waktu dorg konsert SIT
portdy:
aku pun ada dvd vision of the beast tu, tp versi lanun hehehe...
back to 1993 time tu aku form 4... 1st time bli keset elben ni guna duit biasiswa skolah...mmg classixx!!
dulu skolah asrama pinjam keset kwn dengar IM ikut bodo piang psl ingat sore ngan musik ni la yg plg best..yelah..kita ni bukan lulusan barkeley tau sgt psl music ni...nk tanya membe pun standad pun sama biol psl dok asrama xcampur dgn masyarakat.nk refer intenet pun xde lg time tu..dok dgr 2-3 thn br le discover rupanya IM best ya amat psl tredmark double lead attack harris-murray pastu part solo membunuh murray yg jd backbone stp lagu
skrg dh cerdik sket ble beza part bass ngan rhythm...br le rase berbaloi dgr musik ni dn value best ke xbest sesuatu band tu(judge ikut sedap telinga sendiri)
klu org ade ilmu main musik lain pulak judgement dia...lg hebat
i wish sbelum Maiden bersara, at least satu kali la, satu kali je la..
Alexander The Great live!
Post a Comment