
Isnin 20/9/2010 - Hari ni hari pertama bekerja setelah bercuti raya selama 10 hari. Hari ni jugak aku menerima tiga bungkus barangan eBay. Satu daripadanya ialah bungkusan berwarna merah dari Jeman yang jelas tertera nama premis dan perkataan "CD & DVD".
Ini sememangnya akan menarik perhatian Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk "menjenguknya", mesti diorang suspek aku beli CD Black Metal. Bungkusan ni merupakan bungkusan ketiga (selepas A Night At The Opera dan Hatebreeder) yang diperiksa oleh KKDN selama aku gila membeli CD dari luar negara.
Dan tidak seperti "rakan kita" yang bungkusan CDnya selalu saja ditahan oleh KKDN, bungkusan ni ada chop pelepasan KKDN, kalau tak lepas, tak akan ada entri ni ye tak? Dan seperti biasa akan ada sealed tape KKDN.

Cover art yang agak kontroversi.
eBay purchase info
- Purchased from: grooves-inc
- Location: Germany
- Condition: New (but unsealed)
- Price paid: €13.79 free postage! (RM52.56) buy it now
- Ordered: 3/9/2010
- Received: 20/9/2010
- Label: (C)(P) 2008 Blaze Bayley Recordings
- Publisher: Plastic Head Music Distribution Ltd.
- Made in: UK
Walaupun album ni bukannya tahap rare, tapi memang susah nak dapat yang berharga murah. Ia setaraf dengan album My Winter Storm dan Dominator, kebanyakkannya berharga RM60 ke atas. Bila dah terjumpa yang berharga bawah RM60, memang aku order terus!

Tracklist
- The Man Who Would Not Die
- Blackmailer
- Smile Back At Death
- When You Were Gone
- Samurai
- A Crack In The System
- Robot
- At The End Of The Day
- Waiting For My Life To Begin
- Voices From The Past
- The Truth Is One
- Serpent Hearted Man
Semua lagu-lagu dalam album ni best! Face paced, hard hitting but a bit emotional. Album yang membuatkan aku meminati kembali Blaze Bayley semenjak mengundurkan diri dari Iron Maiden penghujung 90an dulu. Ulasan satu-persatu lagu dalam album ni korang boleh baca dengan lebih lanjut dalam entri krenmaut ni.

Swine ripper?

Jambang trademark Blaze. Btw, album ni ada slipcase.
Pendapat peribadi, suara Blaze Bayley lagi sesuai untuk muzik keras dan berat macam dalam album ni dan seterusnya "membalas dendam" dalam album Promise And Terror berbanding ketika menyanyikan lagu-lagu tune Iron Maiden. Aku harap dalam album-album seterusnya, Blaze akan meneruskan trademark muzik sebegini, dan aku harap jugak selepas ni Blaze tidak lagi terikat dengan gelaran "that ex-Maiden singer", sebab Blaze kini berada dalam kategorinya yang tersendiri, go Blaze go!
Don't get me wrong, album-album Iron Maiden era Bayley merupakan antara album Iron Maiden yang aku suka (walaupun ramai yang mengkritiknya).
_____
Ada apa: Lepas ni nak cari album terdahulu Blaze Bayley - zaman Blaze, bukan zaman Wolvesbane.
4 komen:
aku ada versi mp3...tp mendengar sambil lewa la..
aku tengok rega dia tu memang tak larat...
aku kalau beli kat ebay mg cari yang bawah RM25 jer...yang lebih dari RM30 kekadang la...
Tak berapa nak dengar mamat ni...tak minat pun iya...!! Nanti le aku try2 test dengo...
belian yang baik. Tahniah!
berteromber:
personal preference aku lg suka album latest promise & terror
skid:
klu xminat xpyhla paksa dgr, takut nnti berkenan la pulak hehehe...
abg ben:
yeargh! hampir setahun mencari peluang kat ebay
Post a Comment