Tak banyak album yang boleh dikatakan epic atau super album, mengandungi hampir semua lagu-lagu best belaka di dalamnya, tadak filler tapi banyak killer (kat mana aku pernah baca ayat ni?). Antaranya Master Of Puppets, Rust In Peace, Somewhere In Time, Tyranny Of Souls, Something Wicked This Way Come, Epica, Promise And Terror dan album ni iaitu album studio keenam daripada Nightwish - Dark Passion Play (Wikipedia).
Comes in super jewel case. Kalau case ni pecah, mana nak cari?
Album pertama Nightwish tanpa Tarja Turunen, digantikan oleh Anette Olzon (info lebih lanjut, sila baca artikel Nightwish kat Wikipedia). Dan lagu-lagu dalam album ni memang digubah supaya sesuai dengan vokal Anette yang agak mainstream berbanding vokal Tarja yang agak operatic. Tapi memang tak dapat nak bandingkan vokal Tarja dengan vokal Anette, sebab kedua-duanya dalam kelas yang berbeza.
Kalau bukan disebabkan heavy guitar riff dan solo daripada Vuorinen serta pounding bass daripada Hietala, album ni mungkin menjadi album pop mainsteam.
Aku beli CD ni kat Victoria Music Centre, Amcorp Mall somewhere in April 2008. (P) 2007 Spin-Farm Oy (Spin-Farm? Bukan Spinefarm ke?), a Universal Music Group Company. Edaran Universal Music Sdn. Bhd. (Malaysian Press).
Tracklist
- The Poet And The Pendulum <- whopping 13:55 minutes!
- Bye Bye Beautiful
- Amaranth
- Cadence Of her Last Breath <- bunyi napas pompuan stim :)
- Master Passion Greed
- Eva
- Sahara
- Whoever Brings The Night
- For The Heart I Once Had
- The Islander
- Last Of The Wilds (instrumental)
- 7 Days To The Wolves
- Meadows Of Heaven <- ada unsur-unsur gospel
Secara peribadi, semua lagu dalam album ni memang best-best belaka, kecuali Master Passion Greed yang agak susah nak digest, biasanya aku akan skip lagu ni. Ada lima singles dalam album ni - Bye Bye Beautiful, Amaranth, Eva, The Islander dan Eramaan Viimeinen (Last Of The Wild + vocal).
CD design yang agak simple, not...
Kalau peratikan betul-betul, ada corak embedded lace.
Group shot - Emppu Vourinen nampak ketot dalam gambar ni.
Mai enjoy beberapa video clip aku link dari Youtube. Masih relevan lagikah video clip macam ni? Tapi sekurang-kurangnya nampak amp kat belakang. Aku teringat zaman rok kapak dulu banyak band yang buat video clip main muzik kat ladang getah atau dalam hutan, drummer macam bodoh je pukul 'angin'...
Aku suka lagu The Islander ni, ada unsur-unsur Celtic dan Irish. Lagu ciptaan Marco Hietala (lirik Tuomas Holopainen) disebabkan tak berapa sesuai dinyanyikan bersama-sama Tarot, jadi Marco masukkan lagu ni dalam album Nightwish ni. Dengar-dengar tahun depan 2011 Nightwish nak release album baru lagi... Hopefully it will be in par or better than this album.
_____
Ada apa: Tengah mencari album live Made In Hong Kong...
2 komen:
aku tengok youtube penyanyi baru ni nyanyi sleeping sun, ok la jugak.
mana best vokalis lama atau baru...?
Post a Comment