[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #24]
Masih lagi dengan entri viral Iron Maiden Singapore (sekurang-kurangnya bukan filler entry). Jika semalam dapat menyelesaikan misi mendapatkan tiket konsert, petang tadi pula satu lagi misi berjaya diselesaikan - tempah tiket Air-Asia. Nak terbang punya pasal, "terbang" jugak RM3xx dibuatnya...
Mula-mula plan nak naik flight KCH-SIN, tapi masalah nak pi Kuching... Kalau drive dari Bintulu dah buang masa 10-15 jam, kalau naik flight BTU-KCH kena ambil sehari sebelumnya sebab flight BTU-KCH berselisih dengan flight KCH-SIN. Lagipun mesti flight KCH-SIN akan penuh (harga mahal) sebab aku jangkakan ramai Maiden fans dari Sarawak akan naik flight ni.

Kepada KORawk, sila rujuk imej di atas
untuk menempah tiket Air-Asia anda kelak.
Jadi, untuk tidak membuang masa aku pilih flight BTU-KUL kemudian selang tiga jam ambil flight KUL-SIN. Boleh jugak melepak beberapa jam kat LCCT sambil dating makan McD dengan awek ground staff Air-Asia. Kat Singapore nanti dah plan nak berkumpul dengan geng Takilala and Manggas serombongan dari Kota Kinabalu, diorang plan naik flight BKI-SIN pada hari yang sama.
Misi 1 - Dapatkan tiket. Mission accomplished!- Misi 2 - Upgrade passport.
Misi 3 - Tempah tiket Air-Asia. Mission accomplished!- Misi 4 - Ambil tiket kat Compass Coaches Sdn. Bhd.
Setakat ni geng-geng bloggers lain yang dah confirmed pi konsert - Abang Ben, Deaf-Angel, Berteromber, Eddie Dewanaga, Takilala dan KORawk. Dengar-dengar tauke DEG pun ada hati nak pi, tapi tak pasti la pula sebab tarikh konsert dekat-dekat CNY. Aku masih belum mendapat feedback daripada Jairo sama ada dia berpeluang join rombongan Takilala and Manggas, atau grounded dan bakal frust menonggeng. [Edited @ 4.50 pm] Akhirnya Jairo berjaya menempah tiket pagi tadi, walaupun ia hanyalah tiket cikai (yang sama area dengan aku dan Berteromber), yang penting kita berMaiden sama-sama.
See you there... Up the Irons! \m/
_____
Ada apa: Kalau Bro Sub pun turun pi konsert kan bagus...
7 komen:
tengah diusahakan \m/
pergh...dah siap semua...tinggal angkat beg jer ni...
korawk:
klu hotel RM13x per malam kat area geylang (1km+ dari stadium) mau ka?
berteromber:
ish, paspot blm upgrade lg (masih paspot terhad brunei), binokular blm beli (t-shirt maiden pun blm ada hehehe)
boleh saja, kalo 1km dapat juga berjalan untuk kesihatan ( sesi warming up sebelum berheadbanging) , xpa, aku ada install Garmin GPS kat telepon, kompom x sesat, lagipun kita backpacking
fantastic.. aku suka tengok gini..
a true music fan who is willing to sacrifice a lot for a band he enjoys.
passport bikin tahun depan la, lagi berapa hari nak jejak 'twenty-eleven',
berteromber, lu dah siap passport ke??
immigration dept kat pekan rabu tampoi tu buka sabtu-ahad beb.
korawk (lagi):
oke, tggu info geng2 dari sabah pulak... klu boleh biar berkampung ramai2
deaf:
it's iron f'n maiden! muahaha!~
eddie:
tgh rajin ni bro, kebetulan hari ni kan sindrom 10 november... lgpn opis imigresen bintulu blkg opis aku je
Post a Comment