Aku sungguh tak puas hati bila orang lain pinjam gitar aku, lepas tu buat benda tu macam harganya cuma RM100-200, yang aku ni jaga gitar sendiri punyalah penuh sopan santun (walaupun GIO murahan) tapi bila di tangan orang lain apa jadi?
Setiap kali gitar-gitar aku dipegang oleh orang lain (yang tidak mempunyai gitar sendiri) memang aku rasa tak sedap hati. Because a person who owns a guitar will definately handles other people's guitar with respect...
Macam kes tengahari tadi, aku baru je lepas setup makeshift studio dan buat sound check. Tiba-tiba si N ni datang terus capai Kelly Kelly aku nak main beberapa chords. Strap belum disangkut dengan kemas kat bahu (masih bergulung-gulung) dah sibuk-sibuk nak main, aku baru nak tegur strap belum kemas... Tiba-tiba handphonenya berbunyi kelam-kabut dia nak jawab sampai tercabut strap dari *strap button, maka terjatuhlah Kelly Kelly aku mencium lantai with pointy ends (tail) first...
*FYI, strap button Kelly Kelly terlampau besar tak muat nak pasang strap lock.

Menang ngeri sebab benda ni jadi betul-betul depan mata aku... "Sorila boss" tu je yang mampu si N ni cakap, memang aku tak puas hati betul "ko ingat benda ni harga RM100-200? Hilang mood aku nak main!". Nasib baik aku boleh kawal emosi lagi, kalau tak memang dah hayun penumbuk...
Sebenarnya si N ni memang aku dan Bob Kandar dah "pecat" daripada Hepi ;) selepas buat hal waktu sessi jamming yang emo beberapa bulan lalu... Tapi tadi dengan muka tak malu nak join kitorang jamming.

Closer shot...
Sepatutnya kitorang plan nak jamm pukul 2.00 petang, tapi disebabkan kes ni aku dah hilang mood nak main, rasa nak mengamuk pun ada. Maka sessi jamming kali ni dibatalkan serta-merta! Dah lah gitaris undangan (bukan Azroy Hemmett) yang ditunggu-tunggu tak datang tanpa sebarang notis, lagilah hangin satu badan!
Isnin nanti aku nak paksa si N ni beli Kelly Kelly aku (sebab dia pernah cerita nak beli gitar). Aku tak pedulik! Bayar 2-3 kali pun takpa, asalkan dia bertanggungjawab. Nak kata aku kejam? Memang aku kejam!
Imej cilok.
_____
Ada apa: Lepas ni aku takkan bagi orang lain guna (atau pegang) gitar aku tanpa kebenaran...
8 komen:
Sayang abih cacat...kalau bsl x pa la..ini jackson
aduyai...sabar je la ijau,aku sronok bc blog ko ni,1st time aku komen,huhu...
mmg x bley bg muka org mcm tu,kdg2 serba salah jgk ngan org mcm ni,nk tgur diorg kata b'lagak,x tgur diorg pijak kepala kita,alahai...
btw,baper ko beli kelly tu??
lu suh gnti jugak walau apa carapun!jgn biar aje ok.
mhagnoth:
jgnkan jackson, ibanez gio murahan aku pun klu jd mcm ni mmg aku tensen jugak
municipal_waste:
welkam to mai wol...
esok aku paksa dia beli, byr 2-3 kali pun xpe (kebetulan dia pun bercita2 nak beli gitar)
kelly tu model JS32T entry level je, termasuk pos RM1.4k
kordi pakcik:
klu suruh ganti jgn harapla... tp nak bg win-win situation, seperti yg aku komen kat atas... esok aku nak 'paksa' dia beli, kurang2 aku dpt 'ganti' dan dia dpt 'gitar'
individu2 begini memang perlu diajar, sememangnya tiada sifat hormar terhadap harta benda orang lain, tiada tanggungjawab pun. yang mudah cakap: kurang ajar.
psst bro- ada 'secret' nanti saya kirim e-mail...
bro sub:
'secret' apa bro?
nasib belum tukar pikap.... takpa kasi jual sama dia dgn paksaan then ko belilah gitar DEAN tu.. kompom tak payah ganti pikap punyer...
ni la risiko gitar tajam2 mmg macam sial orang macam tu....
Post a Comment