Sejak Ahad lepas algorithm media sosial aku tak putus-putus cerita pasal konsert terakhir Back To The Beginning Black Sabbath yang telah berlangsung di home turf Birmingham, UK. Yang juga disertai oleh nama-nama besar lain dunia metal.
![]() |
Image Ross Halfin/Live Nation (source). |
*Kalau Black Sabbath aku hanya layan begitu-begitu sahaja, tak pernah ada material mereka selain CD kompilasi versi Petaling Street dan beberapa mp3. Yang rasmi hanya ada kompilasi tribute Nativity In Black - A Tribute To Black Sabbath. Pernahlah juga cover lagu Paranoid bersama MUP ketika gig Bintulu Music Fest 2013.
Tapi kalau bab band Ozzy Osbourne (solo) agak berbeza sikit, ada jugalah beberapa album studio dan kompilasi dalam koleksi - Blizzard Of Ozz, Ozzmosis, Down To Earth, Black Rain (jewelcase, slipgate), Scream, The Ozzman Cometh dan Memoirs Of A Madman.
Ada beberapa lagu dan album Ozzy yang bertaraf soundtrack of my life contohnya album Black Rain - era awal bermastautin di Bintulu) album Scream (era penghujung zaman bujang). Selain lagu-lagu yang didengar melalui Braingell Radio - Crazy Train, Mr. Crowley, Bark At The Moon, Shot In The Dark, Thank God For The Bomb - mengingatkan aku era wasted years tahun-tahun terakhir aku di Penang.
Kali terakhir aku tengok Ozzy beraksi di atas pentas ketika penutup Sukan Komanwel 2022 - siaran langsung, masuk TV RTM tu! Waktu itu pun Pak Ozzy memang dah nampak fragile tapi masih mampu berdiri.
Sebagai seorang peminat muzik metal, memang tidak akan lari daripada terkena tempias muzik mereka. Terima kasih kepada Black Sabbath dan Pak Ozzy kerana menghiasi muzik metal aku dan tetap akan menjadi Prince Of Darkness dalam hati kami mat metal semua.
_____
AADI: Pernahlah juga jamming lagu Crazy Train.
0 comments
Post a Comment