Dystopia Kuala Lumpur


Sebelum kehangatan konsert Megadeth hilang, ada baiknya dibuatkan entri blog. Aku buat entri cerita semasa kejadian sahaja, cerita pasal travelog pra/pasca konsert mungkin aku akan buat dalam entri berasingan. Aku tak banyak gambar menarik, hanya berbekalkan Sony Ericsson W810i yang kuno (untuk travelog) dan Asus Zenfon Go 45 yang tak berapa nak cantik pixel-nya.

The best bootleg design so far (so good, so what?).
Bertolak dari tempat penginapan (SS City Hotel) sekitar pukul 6.00 petang, memilih untuk menapak berbanding menaiki monorail dari stesen Imbi. Dah lama tak menapak dari Imbi ke Hang Tuah, aku tak kisah menapak jauh, yang penting kasut mesti sesuai dan selesa.


Lalu depan "tinggalan" Penjara Pudu ni sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia, mat salleh kata "walking down memory lane".


Begitu juga dengan panorama stesen monorail/STAR Hang Tuah. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat... Tak payah ceritalah, yang pasti aku tak pernah jatuh di stesen Hang Tuah ni.


Tiba di Stadium Negara 10 minit kemudian, sama seperti waktu konsert Metallica empat tahun lepas, gerai-gerai menjual barangan bootleg (t-shirt, tag, keychain, dll.) dan makanan memeriahkan suasana. Banyak juga t-shirt yang menarik, tapi yang tak menarik dari segi saiz, terlalu diskriminasi, susah nak cari saiz XXL dan ke atas.


Begitu juga dengan pengunjung berseragam hitam yang rata-ratanya berhuruf MEGADETH. Aku tak ada t-shirt Megadeth, aku pakai t-shirt ESP Seven pun jadilah, walaupun Mustaine dan Loureiro dah tak guna gitar ESP, yang penting ada juga gambar tengkorak, kah kah kah~ Outfit yang sama semasa konsert Metallica, yang beza cuma topi.

Kepala siapa tu?
Hampir setengah jam kemudian baru terjumpa Mus Speedrider di kaki bukit (aka meeting point). Kenalan bloggers sejak 2009 tapi baru sekarang dapat jumpa. Cerita mini-gathering ni mungkin Mus akan cerita banyak sebab dia paling banyak tangkap gambar selfie dengan rakan-rakan. [Edited] Cerita versi Speedrider boleh baca di sini.


Sempat menjenguk booth barangan rasmi (official merchandise) tapi dari tepi sajalah sebab ramai yang dah beratur semata-mata nak membeli (atau sekadar menjenguk) barangan rasmi. Lain cerita, seven-TEEN or seven-TY? Kalau faham...

Tahap keselamatan memang lebih memuaskan berbanding semasa konsert Metallica 2013. Aku rasa urusan keselamatan luar dan dalam stadium ni diketuai oleh pihak polis, manakala Rela hanya mengawal lalu lintas dan kawasan perkarangan stadium.


Berteromber (dan seorang lagi kenalan, maaf aku lupa nama) tiba di meeting point sekitar 7.30 petang, kali terakhir jumpa Bert semasa konsert Iron Maiden Singapore 2011. Fuh! Dah enam tahun ye? Untuk menghormati karekter Bert yang agak shadowy dan low-profile dalam blog, aku letak gambar selfie yang agak blur sikit.


Kami masuk stadium sekitar pukul 8.00 malam. Stadium Negara ni lebih sesuai untuk konsert Megadeth, tidak seperti Stadium Merdeka yang agak kapitalis. Walaupun berada di kedudukan tiket murahan (UR5), tapi jarak antara tempat duduk dengan pentas utama lebih dekat berbanding semasa Metallica 100 meter di belakang.


Opening band Massacre Conspiracy memang sebuah band yang bagus, showmanship yang mantap. Tapi pada pendapat aku mungkin disebabkan genre muzik mereka agak berbeza, tahap penerimaan penonton yang rata-ratanya veteran dan gen-X agak kurang. Mungkin kalau opening band tu bergenre heavy atau thrash metal juga, mungkin keadaan sebaliknya.


Persembahan Megadeth bermula sekitar pukul 9.00 malam, montaj Megadeth pada skrin pentas yang interaktif dengan iringan lagu Prince Of Darkness. Ok, sekurang-kurangnya ada lagu daripada album Risk, walaupun cuma jadi lagu intro, hahaha...


Habis saja montaj, terus dihentam dengan lagu Hangar 18! Mustaine & Co atas pentas beb! Aku pada mulanya berdiri tapi tak lama kemudian duduk balik, "atmosfera" tempat aku duduk kurang mengizinkan untuk aku berdiri (orang lain duduk je~).


Ini sajalah gambar "terbaik" kelibat Dave Mustaine yang kamera aku mampu tangkap. Biasanya kalau tengok konsert, aku cuba untuk fokus kepada persembahan dan adalah sekali dua ambil gambar, yang aku tau tak akan cantik sebab faktor jarak dan kualiti kamera. Nak gambar yang best, mungkin dalam entri rakan-rakan lain. Tunggu entri Dr Bentara, sebab dia kat dethpitt. Video pula belambak di Youtube.


Setlist penuh boleh rujuk di sini, tak perlu aku nak taip atau ulas. Apa yang aku perasan, sing-along agak kurang untuk lagu-lagu daripada album Dystopia berbanding lagu-lagu klasik, walaupun hampir 40% daripada setlist merupakan lagu-lagu daripada album Dystopia, biasalah kan, alasan album baru.


Man of the match pastinya Kiko Loureiro, nampak sangat dia enjoy atas pentas. Untuk lagu-lagu daripada album Dystopia, solo-solo Kiko memang terperinci hampir sama macam dalam album, tersengih-sengih aku dibuatnya. Tak sia-sia aku mengikuti perkembangan Kiko semenjak dia masuk kem Ibanez.


Konsert berakhir sekitar 10.40 malam selepas encore dua buah lagu Peace Sells (ada Vic naik pentas ala-ala Eddie) dan Holy Wars. Pada yang biasa tengok DVD konsert Megadeth, selepas Mustaine cakap "you've been great, we've been Megadeth" maka tamatlah konsert, tak akan ada lagi apa-apa encore, walaupun ada yang berteriak "we want more!".


Pemerhatian dan pendapat peribadi:
  1. Megadeth menggunakan teknologi terkini untuk persembahan mereka. Tiga skrin interaktif di atas pentas akan memaparkan imej atau montaj yang unik berkaitan dengan lagu-lagu yang dimainkan.
  2. Beberapa lagu klasik down-tuned, mungkin half-step.
  3. Vokal Mustaine macam ada masalah, mungkin kurang sihat?
  4. Ketika lagu Tornado Of Souls, tiba-tiba ada circle pit di tengah-tengah rock zone.
  5. In-house big screens, Kiko solo dia zoom Dave, Dave solo dia zoom Junior, duh~
  6. Dirk Verbauren memang seorang yang low-profile.
  7. A Tout Le Monde merupakan lagu sing-along paling menarik malam itu.
  8. Kualiti bunyi mungkin berbeza bergantung kepada kedudukan.
  9. Tempat aku duduk memang sejuk, terpaksa banyakkan bergerak (headbang, hentak kaki, angkat tangan, air-drums) kalau tak memang beku.
  10. Paling "sweet", sebelah aku seorang ayah membawa anaknya (yang aku rasa umur 10-12 tahun) tengok konsert metal, start'em young.
  11. Pra konsert, kalau perasan, pembahagian tugas media sosial - Mustaine/Tweeter, Ellefson/Facebook, Loureiro/Instagram.
  12. Tahap respek aku terhadap Megadeth dan karekter Dave Mustaine makin bertambah.

Ya, Ribena Mobile yang berjaya diseludup masuk, melepasi 2-3 kali pemeriksaan keselamatan. Entahlah sejak bila ia menjadi tradisi minuman semasa tengok konsert.
Iron Maiden tak singgah Singapore semasa TBOS world tour tahun lepas, Metallica pula tak singgah KL awal tahun ni. Tapi tak mengapa (parap-parap) Megadeth telah mengubati kekecewaan peminat metal di Malaysia, terima kasih Mustaine & Co. dan terima kasih juga kepada penganjur IME Entertainment.
Bert terpaksa bergegas balik Johor selepas konsert, kalau tak memang bercadang nak lepak pasca konsert sampai pagi. Pertemuan kami hanyalah sehingga stesen Hang Tuah sahaja, lepas itu masing-masing membawa haluan sendiri... [Edited] Cerita versi Berteromber pun sudah ada di sini.


Aku? Sebelum balik hotel aku singgah di restoran Safreen belakang Berjaya Times Square pekena nan keju dan ayam tandoori sambil layan wrestling, fuh~ Kali terakhir aku makan (berat) waktu tiba di KLIA2 sebelah tengahari, sebelah petang pula sebelum konsert hanya harapkan roti dan minuman tenaga.

Baiklah, aku taip setakat ini sahaja pagi ni, nanti kalau ada idea atau apa-apa penambahan aku akan edit lagi.

[Edited] Cerita versi lain - versi D'Arsil Uvianhell696, versi ammirhafzan.

_____
AADI: You've been great, we've been Megadeth-ed!

9 komen:

speedrider said...

Good to see you Ijau. Hope that Iron Maiden will come after this. Harap kat Penang. Kahkahkah!

Portdy said...

Fuhhh

Rafi said...

Jarak ngan pentas tak jauh kira puas hati jugak tu.ada jugak prince of darkness yer walaupun intro je..heheh

deaf-angel said...

very nice report.
Aku paling suka part "shadowy" tu.

berteromber said...

Harapnya lepas ni taklah 6 tahun lagi...haha

D'arsil said...

lengkap dah ulasan ni.

Ijau D. Koceng said...

muspeed - malaysia (dan singapore) dah terlepas peluang utk maiden 2015/2016, tunggu lagi 2-3 tahun kalau depa nak lalu asia tenggara, tapi depa buat kat kuching bukan penang :D

portdy - kimochi~

rafi - berharap ada lagu i'll be there macam dvd that one night

deaf - macam segan pulak nak letak pic clear, sebab blog dia pun langsung tak pernah tunjuk muka sendiri

bert - harapnya ada event lain (selain konsert) yang boleh buat mini gathering bloggers metal

d'arsil - jangan lupa lirik, dan tiket :)

WanBeruas said...

Lari topik sket...Masa tengok Napalm Death dulu satu Minah Saleh bawak anak kecil dia umur dalam 10 tahun kot berdiri sebelah saya...Ank dia bukan main goyang lagik...Bert, aritu kalu berlaga bahu dgn ko pun saya mmng tak kenal...Saya masuk stadium dngan anak bujang saya...

Adi Herman said...

menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (12) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (65) art200 (3) artis tempatan (118) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (249) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (18) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (50) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (61) console games (6) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (26) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (1) digipak (34) digitech (19) dimarzio (31) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (2) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (79) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (185) energy drinks (29) entwistle (6) environment (38) epiphone (91) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (133) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (9) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (16) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (1) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (9) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (72) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (15) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (49) guitar service (20) guitar talk (64) guitar/bass (628) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (56) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (25) ibanez (179) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (7) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (229) j5 (7) jackson (31) jamming (123) jamtank (22) jim dunlop (53) joe satriani (11) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (257) kazanna (1) kempen (35) kerja (73) kerly (2) kesihatan (36) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (284) konsert (84) kopi (19) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) lawas (3) lazada (12) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (37) lil (29) limbang (5) limited edition (14) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (75) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (328) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (12) membakut (42) memori (301) mercyful fate (10) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (51) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (9) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (101) music bliss (6) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (8) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (19) new album (27) new gear (157) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (62) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (47) pc stuff (27) pc talk (12) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (273) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (52) pickups (100) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (18) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (38) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (93) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (44) revamp (2) rex (1) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (18) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) skull strings (1) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (16) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (86) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (89) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (9) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (18) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wonda (3) wordless wednesday (231) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (6) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger