Boleh aku kategorikan sebagai super album kerana hampir semua lagu-lagu dalam album ini memiliki memorable tunes tersendiri baik dari segi intro, chorus atau solo. Sebelum memiliki versi fizikal, aku sudahpun menyedut versi MP3 tahun lepas, dan merupakan album Trivium paling kerap aku dengar setakat ini.
Versi yang aku miliki ini merupakan deluxe edition yang memiliki dua lagu bonus - Cease All Your Fire dan The Darkness Of My Mind. Dan disebabkan Azrol juga merupakan peminat tegar Trivium, mungkin kami akan cuba cover beberapa lagu dalam album ini (yang senang-senang lah). Setakat ini hanya pernah cover lagu Strife sahaja.
Sejak Vengeance Falls, aku mula tertarik dengan hala tuju muzik terkini Trivium yang lebih "matang", kurang teriak (langsung tiada dalam album ini), lebih melodik dan komersil. Faktor yang (mungkin) membuatkan sesetengah yang peminat lama berpaling. Tapi keunikan album ini berjaya membawanya sehingga nombor #3 dalam carta rock/hard rock Billboard.
Lepas ni cuba untuk mendapatkan CD Vengeance Falls dahulu sebelum The Sin And The Sentence.
_____
AADI: Baru balik cuti CNY, agak kurang sihat, tapi blog-on!
4 komen:
Ijau lagu Until The World goes cold tu macam sedap lak..
hahaha...
Bro! Bila aku dengaq lagu Trivium yang hang post tu... fulamak!!! Feel dia memang feel tahun2 middle 2000's. Memang macam return to tahun 2005, 2006 cam tu. Masa tu metalcore tengah naik. So kira macam band Trivium ni, masih lagi mengekalkan sound metalcore, walaupun tak keriau tertungging terbalik macam dulu2.
Tapi aku tak suka metalcore sangat. Aku suka hardcore metal yang mid to late 90s punya style.
Best review hang bro! Makan Vitamin C banyak2!!!
sedap dengar..
aku lost bab Trivium ni...
Post a Comment