Tidak seperti album The Book Of Souls enam tahun lepas, bila mana album terbaharu Iron Maiden Senjutsu ini dapat diakses secara sah, aku terus mendengarnya melalui platform YouTube Music pagi tadi.
Malas nak buat ulasan terlebih dahulu, tunggulah bila sudah dapat album fizikal kelak. Mungkin melalui Rock At Large, Radin Music atau Inverno. Tunggulah hypetrain dah reda sedikit...
Pasti akan perasan ada banyak riff-riff dan irama "kitar semula" daripada album-album terdahulu. Dan ada juga beberapa lagu kalau dibuang faktor bass ketung-ketung trademark Steve Harris, pasti akan berbunyi seperti lagu-lagu album solo Bruce Dickinson.
Up the Irons! \m/
_____
AADI: Can't you see the writings on the wall?
2 komen:
malam tadi Deaf dan Portdy buat listening party pkl 1 pagi...haha...
bagi aku kalau ko suka era progressif dorang...ko akan suka album ni...tapi bagi fan lama yang suka straight forward heavy metal mungkin susah sikit nak hadam...overall...walaupun agak slow dan mid tempo...tapi sound sedap...catchy...ada part2 yang mengimbau kenangan lama...puashati!...kalau aku nak komplen pun mungkin ada bahagian yang patut dorang cut supaya album ni jadi lebih pendek dan muat untuk disumbat dalam 1 disc...letih jugak panjang2 ni...
setakat ni baru dengar 4-5 kali full round, aku rasa TBOS lebih masuk jiwa
Senjutsu ni rasa macam dengar TFF
Post a Comment