[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #18]
Bungkusan poslaju ni aku terima Isnin lepas (27/9/2010), sebenarnya dah sampai hari Sabtu, tapi malas aku nak ambil kat pejabat pos (Sabtu hari untuk berhibernasi), biar diorang hantar pi opis aku.
Oke, masih lagi dalam mood The Final Frontier. Kali ni dengan versi yang agak ntah limited ke tak, iaitu versi dalam tin - Mission Edition (tapi taklah sampai tahap rare macam versi pressing Greece).
Versi ni aku beli daripada seorang gitaris kugiran bawah tanah tersohor di Sabah yang katanya terpaksa dijual atas sebab-sebab kewangan. Dengan harga yang agak premium jugaklah, tapi masih lagi dalam julat purata harga kat eBay. Since it was a collector's item, so wtf?
Deaf_Angel dan Wanwarlock dah ada buat ulasan pasal versi Mission Edition ni kat blog diorang. Jadi rasanya tak payahlah aku nak cerita banyak pasal versi ni memandangkan seal masih belum aku buka.
Still sealed, walaupun ada kemek sikit, postage effect.
Tracklist kat belakang jenis sticker lekat kat tin. Btw, versi Mission Edition aku ni merupakan US Pressing, amat ketara dengan adanya logo FBI Anti-Piracy Warning.
(P)(C) 2010 Iron Maiden LLC under exclusive license to Universal Music Enterprises, a division of UMG Recordings, Inc. Manufactured and distributed in the USA by Sony Music Entertainment. Aik? Lesen dapat kat Universal Music, dicetak dan diedarkan oleh Sony Music pulak? Kalau Malaysian press pulak lesen dapat kat EMI, tapi dicetak, diedar dan dipasarkan oleh Warner Music... Global sungguh!
US pressing Mission Edition version vs Malaysian pressing normal version.
Sampai sekarang aku masih belum sampai hati nak membukanya. Aku rasa biarlah ia dalam keadaan sealed buat masa ni (buat perhiasan), memandangkan aku pun dah ada versi normal yang sekarang melepak kat Imago aku untuk santapan minda ketika memandu pergi dan balik kerja.
Up the Irons! Or in this case, Up the Tins! \m/
_____
Ada apa: Tengah berlatih vokal lagu Coming Home...
4 komen:
senang kemek la tin dia
ni mission edition lebih kepada gimik packaging aje...nothing special...aku version biasa dalam normal cd casing pun takde.. kalo nak kumpul macam2 version, tak boleh game..
hampir2 nak tergoda...tp lepas baca ramai fan komplen pasal versi tin ni...aku ambik versi biasa jer la...
letak dalam almari kaca.
deaf & berteromber:
patutnya diorg buat dlm versi stainless steel, brass atau koman2 tembaga barula susah nak kemek dan berpatutan dgn harga... isi dlm hehe aku xbukak lg seal
abg ben:
idea yg bagus
Post a Comment