Untuk bulan Jun dapat menyertai 4-5 sessi, lebih banyak berbanding bulan April dan Mei. Oklah ada sedikit peningkatan.
Juga sempat ditemu ramah (off-camera) oleh wartawan TVS ketika mereka membuat rakaman siri dokumetari untuk Bintulu Fight Team minggu lepas.
Tapi dokumentari mereka ini lebih fokus kepada Muaythai berbanding tinju kerana ada di antara mereka yang akan mewakili Sarawak dan faktor sukan Muaythai SUKMA 2024 yang akan diadakan di Bintulu. Kalau ada masuk TV pun, mungkin akan menyelit menjadi NPC beraksi sebagai latar belakang.
Malangnya selepas sessi malam Selasa lepas, dua hari kemudiannya aku positif C19 untuk kali ketiga. Kena rehat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dapat kembali aktif. Seminggu cuti kuarantin, seminggu cuti untuk rehatkan paru-paru atas faktor semput pasca-C19.
_____
AADI: Rehat lok.
0 comments
Post a Comment