Kesinambungan entri rindu berkonsul tahun 2022, tahun ini berusaha mendapatkan kembali sebuah konsul PlayStation 4 (baharu atau terpakai) sebagai self-reward bersempena hari lahir beberapa minggu lepas.
"Tergerak hati juga untuk mendapatkan semula seunit konsol PS4 baharu tak kisahlah versi Fat, Slim atau Pro (GAS tahun lepas). Sepatutnya harga PS4 turun kerana faktor PS5, tapi yang menghairankan sekarang harganya lebih mahal berbanding ketika aku memperolehi penghujung 2016 dulu. Opsyen kedua cuba untuk mendapatkan unit terpakai."
- Entri 2022.
Berbekalkan dana-dana pelepasan alat ganti gitar keemasan minggu lepas, terus dilaburkan untuk seunit PS4 Pro terpakai (ya, Pro terus) yang diiklankan di Facebook Marketplace area Bintulu. Unit ini bundle sekali dengan DualShock 4 (OEM) tambahan, Dobe TP4-882 docking dan tujuh disc game dan pada harga pelepasan yang amat berbaloi-baloi. Menurut tuan asal, ia dimiliki sejak awal tahun lepas, tapi tak termain akibat faktor kerjaya, fizikalnya nampak masih baharu hanya berhabuk.
Tujuh disc game bundle terdiri daripada FIFA22, FIFA23, NFS Heat, GTA-V, Jump Force, Sekiro dan Minecraft Dungeons. Dalam ketujuh-tujuh ini, aku hanya berminat dengan Jump Force dan Sekiro. Selebihnya bukan selera aku dan mungkin akan dilepaskan untuk modal pusingan, kecuali Minecraft Dungeon yang sesuai untuk si autis Ijau Jr.
Sebenarnya aku rindu memainkan game PS4 seperti ketika musim PKP dahulu terutamanya Days Gone. Juga kini agak kurang serius untuk PC gaming disebabkan faktor usia dan kekangan peranti. Berkonsul ini lebih santai memegang DualShock duduk di sofa sambil melunjur kaki. Anak-anak pun dah besar, bolehlah main sekali sebab dah ada dua unit DualShock.
Akan cuba mendapatkan game basi PS4 (berdiskaun atau terpakai) yang teringin dimainkan sejak musim PKP dahulu. Antaranya The Outer Worlds, Red Dead Redemption II, Rise Of The Tomb Raider, Shadow Of The Tomb Raider dan Doom Eternal.
Masalahnya sekarang, mencari masa untuk main...
_____
AADI: Kenapa tak PS5 terus? Sebab mahal.
0 comments
Post a Comment