Doom Eternal rilisan awal 2020 ini merupakan sekuel kepada Doom 2016. Antara game yang teringin untuk dimainkan selepas habis memainkan Doom 2016 ketika musim PKP dahulu. Tapi ketika itu ia masih panas baru keluar dari oven, maka harganya memang tak boleh tahanlah.
Sekarang selepas hampir lima tahun harganya sudah mampu milik, semurah harga CD audio. Dipesan melalu platform Lazada mengambil peluang kupon diskaun tambahan dan pengeposan percuma. Kali ini kononnya untuk dimainkan ketika musim cuti CNY bila *keinginan untuk berkonsol kembali.
Sudahpun memainkan semula Doom 2016 minggu lepas untuk mendapatkan feel karekter Doom Slayer dan menyeru semula mojo FPS yang sudah lama dorman. 3-4 jam pertama memang pening jugalah, tapi bila mojo itu kembali ditambah dengan muzik runut Mick Gordon, rip and tear! Ternganga juga anak-anak tengok ayah main FPS terlalu laju.
Bila sudah rasa kompeten menggunakan DualShock 4 selepas habis memainkan satu round Doom 2016 barulah mula memainkan Doom Eternal ini yang lebih mencabar mainannya.
Apa yang aku perasan setelah memainkannya beberapa jam, Doom Eternal ini lebih arcade-ish, banyak traversing/platforming macam main Prince Of Persia (atau Mario, kah kah kah), taburan ammo, health, armour dan powerups di lokasi seakan-akan level Quake III Arena. Ammo yang terhad untuk setiap jenis senjata dan setiap demon memiliki kelemahan yang berbeza, memerlukan sedikit strategi, bertukar-tukar senjata, bukan sekadar rip and tear seperti Doom 2016.
Memainkan siri Doom moden ini mengembalikan memori ketika diperkenalkan dengan Doom klasik dan Doom II: Hell On Earth sekitar 1995-1996 (install guna 4-5 disket). Kedua-dua game Doom moden ini pula sebenarnya bukanlah reboot, tapi katanya ada kaitan dan kesinambungan daripada kedua-dua game klasik tadi.
Doom: The Dark Ages pula akan dirilis tahun ini, merupakan prekuel kepada Doom 2016. Tapi ia hanya eksklusif (setakat ini) untuk platform PC, Xbox Series X/S dan PlayStation 5. Selamat. Mungkin bila dah berumur 50an nanti baru beli konsol PS5, kah kah kah... Tiba-tiba teringat pula game Heretic.
_____
AADI: *Selepas gaming fatigue main RDR2.
0 comments
Post a Comment