Boleh dikira agak lewat untuk aku mendapatkan format fizikal album ke-17 Iron Maiden Senjutsu ini. Diperolehi daripada Radin Music Centre hampir dua minggu lepas. Format CD digipak dipilih berbanding CD media book atas faktor kos.
Iron Maiden antara band yang selalu senyap-senyap buat rakaman album. Katanya album ini dirakam tahun 2019 dan sepatutnya dirilis tahun 2020, tapi faham-faham sajalah dengan isu semasa semuanya terbantut.
Ketika Kapten Bruce mengumumkan "Belshazzar's Feast", aku ingatkan ia sejenis konsert Maiden secara maya di YouTube. Langsung aku tidak menjangka ia merupakan premier single TWOTW dan seterusnya pengumuman album Senjutsu beberapa hari kemudian.
Selepas diumumkan, debaran aku untuk memiliki album ini tidaklah seghairah ketika The Book Of Souls dan The Final Frontier. Hanya bersahaja, kalau sudah ada dalam pasaran Malaysia, beli... Kalau belum ada, tunggu sampai ada. Sebelum memiliki format fizikal, aku sudahpun layan album ini secara sah menerusi YouTube Music dan Spotify, tak perlu sedut mp3 seperti TBOS sebelum ini.
Tidak dapat dinafikan ada banyak riff-riff, irama dan lenggok solo yang di"kitar semula" daripada album-album terdahulu. Boleh dijadikan trivia ketika pertama kali mendengarnya. Tapi ada juga beberapa lagu jika dibuang faktor bass ketung-ketung trademark Steve Harris, pasti akan berbunyi seperti lagu-lagu album solo Bruce Dickinson. Lagu TWOTW senang-senang sahaja menjadi lagu kegemaran peribadi diikuti oleh The Darkest Hour dan The Parchment.
Nak buat ulasan setiap lagu tapi kehangatannya sudah beransur hilang, sebenarnya sudah ada draft, hidden somewhere in this HTML. Kalau nak ulasan pakar mungkin boleh baca ulasan Deaf KDHR dan Berteromber.
Dan seperti album TBOS, pakcik-pakcik Maiden ni buang tebiat lagi rakam lagu panjang-panjang menjadikan album ni double-disc. Hanya ada dua lagu yang pendek berdurasi bawah lima minit, selebihnya berdurasi 6-12 minit. Namun tiada lagu yang memecahkan rekod Empire Of The Clouds yang berdurasi 18:01 minit dalam album TBOS.
Kalau perasan, dalam inlay langsung tak ada gambar ahli kumpulan seperti album-album terdahulu, hanya banyak gambar Samurai Eddie posing pelbagai (tak pasti pula pada format lain). Pendapat aku, disebabkan isu semasa juga mereka tidak ada peluang atau masa untuk sessi fotografi dan untuk tidak melengah-lengahkan lagi tarikh rilisan.
Ok, aku berhenti setakat sini dahulu. Nanti ada idea tambahan aku sambung.
Up the Irons! \m/
_____
AADI: Cover art Samurai Eddie memang ohsem!
2 komen:
harap sebelum pencen akan ada album baru yang lagunya pendek2...haha...
btw..dari apa yang dibaca memang tak ada seisi foto band member pasal masing2 duduk di negara yang berlainan dan agak payah nak berkumpul dalam situasi sekarang ni
aku rasa masih sempat kalau nak buat satu album lagi, mereka masih sihat-sihat belaka walaupun rata-ratanya (atau sudah) mencecah 60
Post a Comment