Antara 'hasil rampasan perang' waktu aku rajin menyerbu kedai-kedai kaset hujung bulan Januari yang lepas. The Best Of Bumi Putra Rockers, album kompilasi lagu-lagu terbaik BPR. Yup BPR antara kugiran yang cukup popular penghujung 80'an dan awal 90'an dulu (waktu tu aku baru darjah 4 atau 5 kot? Tengah gila main layang-layang) dengan lagu-lagu balad yang selalu berkumandang di corong-corong radio. Tapi lagu-lagu rancak dan keras diorang memang amat-amat jarang dimainkan (kecuali Rock Selamba Muzik.fm).
Mula-mula aku ingat album ni album kompilasi keluaran lama, tapi bila tengok (P)(C) 2009 Hup Hup Sdn. Bhd. Malaysia, Life Records Industries Pte. Ltd. rupa-rupanya keluaran tahun lepas. Cuma aku hairan kenapa agak mahal kompilasi ni RM21.00 sedangkan kompilasi-kompilasi lain kebiasaannya berharga RM19.90 atau lelong RM12.90
Kembang gila rambut Joey, hahaha...
Tracklist
- Dajal
- Yakjud Dan Makjud
- Dari Sinar Mata
- Hidup Era 90'an
- Seribu Tahun Takkan Mungkin
- Aku Hanya Serangga
- 1511
- Harum Subur Di Hati
- Goyang-Goyang
- Silaturrahim
Selain lagu-lagu balad killer seperti Dari Sinar Mata, Seribu Tahun Takkan Mungkin, Aku Hanya Serangga dan Harum Subur Di Hati yang selalu berkumandang di radio, aku tertarik dengan dua buah lagu iaitu Dajal dan 1511, memang enjoy dengar lagu ni.
Lagu Dajal ni pada pendapat aku antara lagu keras BPR. Kalau tak silap waktu sessi latihan jamming Manggas hari tu diorang ada cover lagu ni. Walaupun intronya ada sikit-sikit macam tema Jiraiya, once dah masuk part guitar lick lagu ni jadi best. Dan lirik-liriknya yang tak berapa puitis (cliche lagu-lagu M. Nasir) membuatkan kita senang nak hafal. Aku paling suka part chorus... Nanti nak try belajar cover lagu ni especially that lick part.
Lagu 1511 yang ironinya banyak persamaan dengan muzik Iron Maiden, kalau dengar betul-betul lebih spesifik kepada lagu Where Eagles Dare. Suatu ketika dulu, lagu ni la mengingatkan aku fakta dan tarikh sejarah Melaka jatuh di tangan Portugis waktu nak jawab soalan peperiksaan PMR.
So, otai-otai sekalian... Sila hujahkan komen-komen anda.
_____
Ada apa: Sapa tau album BPR apa yang banyak lagu-lagu keras macam muzik Metalika?
12 komen:
album Dajal adalah fav. tetapi album Selamat Pagi Malaysia yang memulakan segala-galanya, lagu Maghrib memang nostalgia zaman form 4 yg penuh jenayah.
...dan tak lupa, album Kelab Jiwa Luka.
BPR ada lagu2 keras macam muzik Metalika ker?...ntah la..aku follow 2 album je dari dorang ni..
dan macam Eddie cakap...album Selamat pagi Malaysia mmg banyak nostalgia di zaman2 youth gone wild aku...Selain maghrib aku suka betul lagu Gua Musang...lagu paling heavy yg pernah BPR hasilkan kot...
satu lagi...aku suka Joey punya showmanship kalau live...bertenaga!
rock malaya aku buta sikit... rock barat since 1984!!!
lama sudah tak lepak sini~
huhuuu~
ko tak windu aku ker?
bumiputera rockers?
klasik~
Haaa, ada pun lagu Goyang-goyang!
series lagu ni memang best walaupun aku tau ramai yang suka lagu macam Dajal dan 1511,
lagi satu aku suka lagu Kelab Jiwa Luka."malam minggu berpesta, di kelab jiwaluka!!!"
album terbaik BPR pada aku ialah Kelab Jiwa Luka dan Bisa.
Dajal ada intro jiraiya entrance? ya betul! Oiittttt!!!! tung!tung !tung!
Dajal ni pulak feveret aku kalau k'oke.
Haaa, ada pun lagu Goyang-goyang!
series lagu ni memang best walaupun aku tau ramai yang suka lagu macam Dajal dan 1511,
lagi satu aku suka lagu Kelab Jiwa Luka."malam minggu berpesta, di kelab jiwaluka!!!"
album terbaik BPR pada aku ialah Kelab Jiwa Luka dan Bisa.
Dajal ada intro jiraiya entrance? ya betul! Oiittttt!!!! tung!tung !tung!
Dajal ni pulak feveret aku kalau k'oke.
eddie:
kat bintulu ni aku ada jumpa album selamat pagi malaysia dan kelab jiwa luka, tp sygnya versi kaset... klu aku ada player mmg aku dah beli dah kaset2 tu
berteromber:
yup, klu tgk vcd konsert semangat zaman... vocalist lain semua hampeh suara kecuali joey
abg ben:
janji rok!
ayuchokichoki:
nini cokelat celup, celup! celup! rasa enak sekali kacang juga stoberi, nini...
portdy:
dah terlebih goyang, siap post 2 kali. ada ke kalau-ok lagu dajal?
personally aku suka kaset Kelab Jiwa Luka..
lagu2 kat album tu best
@Deaf= sama choice ar bro...
karaoke lagu dajal ?
ada 2 versi.
1. versi live diambil dari konsert BPR reunion.
2.versi gambar ntah apa apa tapi muzik ori ada cop Life Rec.
Aku lebih pilih 'Bisa'...teringat tengok konsert free BPR kat dataran Merdeka...masa tu aku bujang2 lagi...Joey memang best...Awang duk tercegat je..
lagu "Inikah Perjuangan" album Bisa best wooo
lagu dajjal tu best bawa karoke.. yg paling best sekali lagu aku hanya serangga, perna juara hari tu masa bawa lagu tu. haha
Post a Comment