Sekali lagi berjaya melepaskan dua buah pedal stompbox secara impromptu, juga kepada orang yang sama yang memiliki pedal-pedal dalam entri sebelum ini.
Perancangan utama pedal Sentry Noise Gate ini untuk diasimilasikan bersama-sama Fly Rig PL1 dan/atau amp high-gain yang aku ada (Zombie II, S1-10). Tapi di rumah aku lebih suka guna NR300 kerana mesra bateri berbanding Sentry ini. Dan seperti nasib Polytune 3, ia dilepaskan jua...
Karekteristik distortion Metal Core ML-2 ini yang terlalu scooped antara sebab ia jarang diguna dan lebih kepada pedal koleksi (it's a Boss). Ironinya, pembeli pula berminat dengan karekteristik pedal ini, lucky him, lucky me...
Dilepaskan sahaja selagi ada pembeli, yang penting dapat kembali sekitar 90% modal. Dananya bisa dilaburkan semula untuk perkakasan lain.
_____
AADI: 2024 purging #3.
0 comments
Post a Comment