Pembelian sampingan (collateral puchase?) bersama-sama amp Orange "Metuk Ulau" CR25BX minggu lepas - Snark SN-1.
Snark? Apa itu snark? Ada apa dengan snark? pada yang kaki PC Games tu pastinya teringat akan "makhluk" comel dalam game klasik Half-Life.
Alaa... Makhluk kemerah-merahan bermata satu warna hijau yang menjadi satu daripada "senjata" dalam game tersebut.
Inilah dia snark! (Imej link dari Half-Life Wikia).
Tapi bukan snark Half-Life tu yang nak diceritakan dalam entri ni, tapi Snark SN-1 guitar tuner. Dengar-dengar Snark ni merupakan keluaran Danelectro, tapi tak tau betul ke tak. Pada mulanya aku memesan model SN-2 (versi merah) dari Dead Eye Guitars (DEG) tapi kehabisan stok cuma ada model SN-1 (versi biru).
Snark SN-1 (versi biru), bateri CR2032, manual dan beg kecil (pouch).
Ia merupakan tuner jenis clip-on yang mengesan frekuensi getaran pada badan gitar berbanding mengesan frekuensi bunyi atau signal elektrik seperti tuner jenis handheld atau stompbox.
Dan seperti model SN-2 (versi merah) dalam entri Bro Sub, model SN-1 juga mempunyai metronome. Tapi metronome cuma ada visual "blinking heart" tanpa ada bunyi.
Cuma perbezaan ketara antara SN-1 dan SN-2 ialah SN-2 mempunyai mikrofon dalaman (internal mic) untuk mengesan frekuensi bunyi, selain menggunakan pengesan getaran (vibration sensor). Jadi ia boleh digunakan untuk alatan muzik yang lain selain gitar atau bass.
Kelebihan
- Tuner yang amat sensitif mengesan getaran pada badan gitar.
- Paparan yang berwarna-warni.
- "Kepala" yang boleh dipusing 360 darjah.
- Flat tuning sehingga dua full-step (bbbb).
- Mempunyai fungsi metronome, walaupun rasanya aku tak guna.
- Menggunakan bateri CR2032 yang mudah diperolehi.
- Bentuk yang "comel".
- Harga yang ekonomi (harga pasaran RM4x).
Snark patah.
Kelemahan
- Senang patah - Snark yang aku terima ni memang dah patah sebab "dihempat" oleh amp Orange semasa dalam perjalanan.
- Metronome yang tidak berbunyi.
- Tidak mempunyai model yang berwarna hijau, hehehe...
Selain gitar, ia juga boleh digunakan untuk bass.
Pada mulanya aku ingin membeli tuner jenis clip-on ni untuk dihadiahkan kepada anak buah aku yang baru berjinak-jinak dengan gitar (main kidal ooo...). Waktu cuti raya lepas kesian aku tengok dengar gitar "akustik"nya yang selalu out-of-tune tapi dia tak pandai nak tune dan tidak ada tuner untuk membantu.
Tapi disebabkan tuner Snark ni agak kvlt, versatile dan murah jika dibandingkan dengan tuner clip-on jenama lain pada harga yang sama, mungkin yang ni aku simpan untuk kegunaan sendiri (selain Korg GA-1) dan akan memesan lagi beberapa unit pada masa akan datang (especially SN-2), hahaha!
_____
Ada apa: Teringat watak Orb dalam game Quake III Arena.
2 komen:
lawa nye tuner dia..
ok. dah nampak range harga, RM40+++
Post a Comment