Rabu 30/12/2009 - Setelah hampir seminggu menunggu, akhirnya item yang aku order sampai hari ni, dihantar ke ofis (guna alamat ofis) oleh member aku (local courier service) ngam-ngam 4.30 petang pada hari terakhir 2009 aku kat ofis sebelum start bercuti balik kampung esok. Aku anggap ia sebagai hadiah b'day aku yang tak lama lagi hehehe... (by the time aku publish entry ni memang dah b'day aku kot - scheduled entry).
Item yang diorder daripada CK Music... tak seperti Zoom B2 yang aku order directly dengan Mr. Amizan, kali ni aku order online melalui website CK Music Online Store. Item apa? Vox Satchurator Joe Satriani signature series distortion pedal, memang panjang namanya... tapi lebih mudah disebut Vox Satchurator atau Satchurator sahaja.
Kotak yang simple dengan design yang amat menarik.
Aku secara amnya bukanlah peminat Joe Satriani... dan hype Satchurator ni bukannya faktor utama untuk aku membeli pedal ni. Sebenarnya aku cuma perlukan sebuah distortion pedal yang simple (selain distortion yang dah ada kat AX3000G dan Micro-Cube) dengan harga yang amat berpatutan, berkualiti dan tahan pukul (err... pijak). Antara calon-calon yang tewas ialah Boss MT-2, Beta Aivin HM-100, Behringer UM-100 dan Digitech Death Metal.
Isi kat dalam pun simple, distortion pedal dan manual...
owh tak lupa kat belakang ada bateri 'cap ayam' 9V.
Setelah survey video kat youtube, review Ultimate-Guitar dan review yang 'amat jujur' daripada The Tone King, aku amat tertarik dengan pedal ni, lebih-lebih lagi disebabkan harga yang ditawarkan oleh CK Music sempena Year End Sale yang memang irresistable, iaitu RM318.75 (normal price RM425, Satchman Enterprice RM35x, Zoso Bintulu RM5xx). Ni pun kira daripada dana-dana tambahan hasil daripada penjualan Zoom G1X aku beberapa minggu lepas.
Cuma aku tak berapa puas hati dengan kaedah penghantaran item yang dibeli melalui website CK Music Online Store... item dihantar menggunakan KTM Distribution Courier Service. Mula-mula aku confuse, KTM boleh hantar sampai Sabah/Sarawak ke? Aku double-confirm dengan Mr. Amizan dia kata untuk kawasan Borneo KTM akan sub-kontrak dengan ejen tempatan (yang membuatkannya lambat sampai).
Aku rasa tak berbaloi dengan kos penghantaran RM40 aku terima item selepas hampir seminggu, kalau macam tu better hantar guna pos biasa yang kosnya tak sampai RM20 dan boleh sampai dalam masa yang sama (5-7 hari). Dengan kos RM40 kenapa diorang tak hantar guna Pos Laju? Sekurang-kurangnya aku boleh dapat item keesokan harinya (macam aku order Zoom B2).
Kesimpulannya, next time kalau aku order item dengan CK Music, better aku order directly dengan Mr. Amizan daripada aku order via online store. Well, aku dah test power Satchurator ni... nanti ada masa, aku buat entry yang lain
_____
p/s: happy b'day to me :3
0 comments
Post a Comment