Tiba giliran untuk memasang tali gitar Gibson Brite Wires pada Goldie aku. GHS Boomers yang dipasang sebelum ini memang boleh bertahan lama sehingga 5-6 bulan (dengan penjagaan yang rapi), sama seperti Dean Markley yang pernah aku guna dahulu.
Walaupun tali Brite Wires ni disimpan dalam sampul kertas yang dibungkus lagi sekali dengan plastik kedap udara, tapi karat pada tiga tali pertama yang tak berlilit (unwounded strings, GBE) jelas ketara, dan ia lebih teruk daripada karat yang ada pada tali Rotosound dan Ernie Ball.
Aku tak menaruh harapan yang tinggi pada kualiti dan ketahanan Brite Wires ni, ditambah dengan komen-komen yang agak negatif dari rakan-rakan yang pernah menggunakannya (sebab tali terlalu lembut). Dan pastinya selepas ini aku tak akan menggunakan tali jenama ni lagi walaupun ia berjenama "Gibson".
"so they've made high quality guitars, but forgot to make high quality strings... nobody's perfect :)"
_____
Ada apa: Epiphone ada buat tali gitar sendiri tak?
0 comments
Post a Comment