Ini antara pick signature yang sudah lama aku tunggu untuk masuk pasaran Malaysia - Dunlop 471P3SMH Matthew K. Heafy Custom Max Grip Jazz III.
Selain pick signature, ia sebenarnya hanyalah Max Grip Jazz III material nylon berwarna krim dengan kanji "ki" (喜) dan "ichi" (一) bersebelahan menggantikan tulisan "Max Grip".
Aku perasan pick Kiichi ini lebih kesat dipegang disebabkan corak / dan \ lebih jarang berbanding berbanding Jazz III Max-Grip biasa yang rapat. Sekeping akan disimpan dalam koleksi, selebihnya untuk kegunaan harian seperti Jazz III lain.
Diperolehi daripada Swee Lee dengan beberapa pembelian sampingan - D'Addario EXL110BT (10-46, Balanced Tension), PRS Classic Regular Light (10-46), Rotosound Roto Blues RH10 (10-52) dan Ernie Ball Not Even Slinky (12-56) - untuk simpanan stok peribadi.
_____
AADI: Slinky lagi? Tak serik?
2 komen:
Pick ni kalau silap haribulan collect, jenuh simpan berlambak kat rumah.
Ada pattern2 yang lawa.
betul Mus, kat rumah aku belambak pick mostly jenama Dunlop pelbagai model/saiz... tapi takpa, selagi tak diguna boleh jual semula dengan member-member local scene
Post a Comment