Dua album untuk memperingati Alexi "Wild Child" Laiho secara khususnya. Kompilasi A Tribute To The Beast memperkenalkan aku kepada Children Of Bodom melalui lagu cover Aces High. Dan kompilasi Holiday At Lake Bodom untuk mengembalikan nostalgia ketika mana aku meminati muzik COB.
Dulu dah berhenti mengikuti COB ni, habis semua diskografi aku jual pra-Projek Mega 2011 (ya, cerita ini lagi). Kembali kayuh perlahan-lahan mengumpul diskografi 2010an mereka - RRF, HOB dan IWC - sayang ketiga-tiganya tak masuk jiwa.
Tapi semenjak mereka "berpecah" tahun 2019 dan Laiho pula menubuhkan Bodom After Midnight selepas itu, aku mula hilang mood untuk mengikuti kedua-duanya. Album Hexed pun tak sempat layan lagi...
Tapi apa-apapun, tidak dinafikan Laiho merupakan satu daripada guitar hero yang segenerasi denganku dan antara pengaruh untuk aku menggunakan produk ESP x EMG.
_____
AADI: Thank you for the music.
1 comment
Aku tak lah follow sangat.. Tapi ada jugak la 2,3 cd dorang dalam simpanan
Post a Comment