Bungkusan dari
Music Master yang sepatutnya tiba hari Rabu minggu lepas (27/2/2013) hanya tiba dua hari kemudian (Jumaat), Tapi tak mengapa sebab ia masih sempat digunakan untuk gig
Bintulu Music Fest 2013 pada hari Ahad.
Ia berisi pedal Joyo
JF-01 Vintage Overdrive, yang merupakan klon Ibanez
Tubescreamer TS808. Untuk pengetahuan anda, Music Master merupakan pengedar rasmi produk-produk Joyo di Malaysia.
|
Kotak dan isi yang ringkas. |
Sebenarnya dah lama aku target pedal ni, kerana ia merupakan klon TS808 yang paling murah dan berkualiti di pasaran. Nak beli TS808 mahupun TS9 original agak premium harganya, walaupun mampu tapi aku rasa tak berbaloi untuk aku memilikinya.
|
Warna rasmi Tubescreamer, tapi decal tak menarik langsung. |
Dengan harga pasaran RM160 ia lebih berbaloi berbanding klon Tubescreamer yang lain, sebab ia bercasis aluminium aloi dan bukannya plastik seperti sesetengah pedal dalam lingkungan harga yang sama.
|
Tombol-tombol DRIVE, TONE, VOLUME yang senang dilaras. |
Kenapa overdrive? Bukannya metal pun bunyi overdrive ni. Ya, jika disambung terus pada clean channel pada sesebuah amp pasti anda tidak akan dapat bunyi metal yang diidamkan, yang ada hanyalah bunyi rangup (crunch) ala blues dan country.
|
Ruang bateri yang senang diakses. |
Tapi jika anda menggunakannya sebagai booster pada overdrive channel sesebuah amp (tested on Marshall MG and Laney LX), bunyi yang dihasilkan amatlah "kerangupan British" yang klasik dengan sustain yang panjang - sesuai untuk genre hard rock, heavy metal, 80's metal, hair metal, glam rock dan NWOBHM. Tapi bab-bab bunyi ni susah nak terangkan, sila rujuk video persembahan
Metuk Ulau Project dalam
entri semalam.
Melompat semula ke
khemah stompbox (tanpa meninggalkan khemah multi-effects). Lepas ni mungkin
JF-02 Ultimate Drive ataupun
JF-03 Crunch Distortion menjadi sasaran.
_____
Ada apa: Boss? MXR? EHX? No, I'll go cheap this time...
3 komen:
yang pastinya, sound nya ialah Rock N Roll!
Joyo vs Biyang- mana lebih budget, bro?
kalau ikut harga biyang mad driver kat SV guitars SGD69 = RM17x lebih kurang sama la... cuma kat malaysia pyh nak cari brand biyang
Post a Comment