Setelah membandingkan dengan *saingannya dari segi kualiti/fungsi per harga (dan bajet), maka aku memilih Digitech RP360. Diperolehi daripada Dead Eye Guitars (DEG) berbekalkan dana-dana GLTL hasil jualan SC-2 dan ID:Core 10 minggu sebelumnya.
Pakej RP360 tidak dibekalkan dengan manual, CD mahupun kabel USB (jimat kos?). Tapi tak mengapa (parap-parap), manual dan perisian Nexus boleh dimuat turun daripada website Digitech.
Rekabentuknya agak berbeza berbanding siri-siri RP terdahulu, lebih kemas dan ringkas. Cuma paparan LCD agak kecil.
Ada orang kata ia merupakan Digitech GSP1101 dalam bentuk floorboard, mungkin disebabkan teknologi Audio DNA2 yang digunakan adalaha sama. Seperti Pod HD300, ia juga memiliki tiga mode - preset, stompbox dan looper (40 saat).
![]() |
Update version 2.0.0.0 |
Dengan perisian Nexus, mengedit patches lebih mudah berbanding mengedit terus daripada konsul RP360. Ia juga lebih mudah difahami berbanding perisian Pod HD300 Edit.
Seperti Zoom G3/G5, kedudukan pedal/amp bebas disusun dan ditempatkan sesuka hati dalam signal-chain, tidak seperti siri-siri RP sebelumnya.
![]() |
Perbandingan saiz. |
*Saingan yang tumpas, Boss ME-25, Vox ToneLab ST dan Zoom G3X.
_____
Ada apa: Kembali megah dalam khemah multi-efek.
0 comments
Post a Comment