Ini merupakan pancingan YES 2017 terakhir daripada Gapnap diterima Sabtu lepas. Sebuah pikap gitar DiMarzio D-Activator bridge (DP220FW) F-spaced dengan bobbin putih. Beberapa tahun lepas aku pernah memiliki model ini, tetapi telah dijual kepada seorang rakan dari Sabah yang beria-ia ingin membelinya.
Ernie Ball 10-52 (lagi?) sebagai pembelian sampingan setelah diumpan dengan harga yang murah (it's a trap!). Manakala Pick Buddy pula sebagai hadiah percuma daripada Gapnap, yang aku anggap sebagai hadiah hari jadiku yang jatuh pada bulan ini, thanks Gap!
Warna putih dipilih untuk dipadankan dengan Evolution neck (DP158FW) yang ada dalam simpanan selepas dikeluarkan daripada Johnny. Set Evolution/D-Activator ini aku gelar "Hurricane" set kerana diilhamkan daripada set yang ada pada Ibanez RGT320Z Nita Strauss.
![]() |
Source. |
_____
AADI: Instagram feeds (widget atas kiri tu) dah bagi spoiler.
0 comments
Post a Comment