Cover art yang menarik. |
Seperti jiran Finland mereka Children Of Bodom, muzik melodic death metal versi Sweden ini memang senang untuk aku hadam, kecuali bab vokal yang bagi aku agak menjengkelkan dan tidak sesuai untuk pendengaran umum. Tapi sekurang-kurangnya vokal Fridén lebih mudah difahami dan dinamik berbanding Laiho.
Dari segi muzik dan kerja gitar Strömblad/Gelotte memang layan, riff-riff yang berat tapi masih melodik, ditambah pula dengan solo-solo yang ringkas dan tidak sampai tahap shredding. Tidak hairanlah jika album ini katanya mencecah nombor satu dalam carta album rasmi Sweden ketika itu. Rasanya tak perlulah diulas setiap lagu, biarlah peminat In Flames yang komen.
Versi ini merupakan edisi terhad yang juga didatangkan sekali dengan DVD bonus yang mengandungi video "the making of..." pembikinan album ini.
Tengoklah nanti, kalau aku rajin, mungkin akan cuba cari rilisan In Flames yang lain, tapi bukanlah sampai tahap didahulukan (priority). Semenjak
_____
AADI: *Boleh masuk sasaran tahun depan kot?
2 komen:
aku pun cuma ada Colony...itu pun kaset...
artwork dia cantik warna dia pun kena dengan artwork
Post a Comment