MXR M193 GT-OD ini merupakan satu lagi pedal overdrive idaman selain Boss BD-2 Blues Driver dan TC Electronic MojoMojo Paul Gilbert. Sebelum ini tidak tertarik picu kerana harga runcit unit baharu yang agak premium sama seperti kes BD-2.
Galaxy A23. |
Warna hijau metaliknya amat sukar ditangkap oleh lensa kamera, warna imej yang dipaparkan tidak sama seperti warna yang mata aku nampak (rujuk website). Contoh gambar di atas menggunakan Samsung Galaxy A23 dan di bawah pula Xiaomi Redmi Note 9 Pro. Senang cerita tak jauh beza dengan hijau gitar Candy aku,
Redmi Note 9 Pro. |
Ini merupakan unit terpakai diperolehi daripada seorang kenalan Jamtank Facebook yang melepaskannya pada harga lebih kurang suku daripada harga runcit semasa. Walaupun pedal ini sudah lama dimilikinya, tapi masih dalam keadaan memuaskan, cuma tidak ada lagi kotak asal.
Seperti pedal-pedal MXR lain, ia amat tegap dan berat, setaraflah dengan harga runcitnya yang premium. Fungsinya sebagai overdrive itu tak perlulah aku jelaskan di sini. Dengan warna hijaunya, ia akan menggantikan EHX East River Drive dan Joyo JF-01 Vintage Overdrive sebelum ini sebagai overdrive IDK.
Aku dapat tahu daripada Euge Valovirta yang mengatakan ada suis dalaman yang bisa menjadikan litar pedal ini seperti MXR ZW44 overdrive. Bila dibuka, tak ada pun, mungkin ada di sebelah dalam papan litar tapi malas pula aku nak buka semua. Biarlah seadanya. (Edited - Ya betul, suisnya ada di sebelah dalam papan litar - rujukan).
_____
AADI: Tidak ter"hype" dengan pedal viral Digitech Bad Monkey.
0 comments
Post a Comment