Masih mood jualan akhir tahun, Boss
SD-1 Super Overdrive ini diperolehi daripada
724Rocks (yang aku saspek The Guitar Store Kepong) melalui platform Lazada, dan juga merupakan pedal terakhir untuk 2017.
|
Black box = new batch. |
Mengambil peluang diskaun 19% bersempena 12.12 Lazada dan tambahan 11% lagi diskaun (voucher) daripada pihak bank membuatkan ia pedal termurah berbanding pedal overdrive lain dalam senarai sasaran (
BD-2,
MojoMojo,
TS Mini,
Crayon) yang tewas.
|
Less information = newer batch. |
Pernah memiliki beberapa overdrive sebelum ini seperti
Vintage Overdrive,
East River Drive,
Hot Tubes dan
OD-3. Tapi kesemuanya telah dijual dengan alasan jarang diguna atau menjadi mangsa GLTL menjadi modal untuk gajet kegitaran lain. Yang ada sekarang hanyalah
AT Drive, itupun mungkin akan di-GLTL-kan kerana SD-1 ini lebih jiwa.
Seperti biasa, pedal overdrive sebegini akan digunakan untuk memacu hadapan distortion channel amp supaya menjadi lebih tepu (saturate) dan begitu juga dengan respon picking yang menjadi lebih sensitif.
Amat lazat digunakan bersama-sama
IRT-Pulse atau
HT-5RH, jelas terasa perbezaannya berbanding jika dipacu oleh AT Drive. Juga sesuai digunakan sebelum pedal distortion (
LT Dual,
ST-2,
Lancelot) dengan konsep yang sama.
_____
AADI: Tajuk entri adalah terjemahan terus nama pedal.
2 komen:
Tiada gambar bogel SD1 badge baru ini?
setakat ni belum pernah lagi "membogelkan" pedal2 boss
Post a Comment