Ketika pedal Boss MT-2-3A Metal Zone 30th Anniversary ini dirilis pada tahun 2021, aku teringin untuk mendapatkannya sebagai pedal koleksi. Tapi bila dapat tahu harganya jauh lebih mahal berbanding MT-2 biasa, maka hasrat itu terus dilupakan.
Dengan promosi 3.3 Lazada The Guitar Store, harga MT-2-3A ini kini menyamai harga MT-2 biasa. Dengan pantas terus masuk bakul. Untuk versi 3A ini didatangkan dengan tulisan berwarna kelabu dan skru warna perak, selebihnya pasti sama sahaja...
Aku pernah memiliki MT-2 dua kali (#1, #2) tapi kedua-duanya tidak bertahan lama dalam axology kerana ketika itu aku lebih ke arah multi-fx berbanding stompbox dan seperti biasa ia dilepaskan untuk modal pusingan GLTL.
Aku rasa ini antara model stompbox Boss terawal buatan Malaysia berbanding Taiwan sebelum ini. Tapi aku perasan, semenjak batch buatan Malaysia, harga stompbox Boss naik mendadak. Sepatutnya makin turun sebab buatan tempatan kan?
Sekarang bila sudah tahu rahsia MT-2 terutama tombol MID FREQ, pedal ini jauh lebih berpotensi berbanding pedal distorsi yang hanya memiliki dua (atau tiga) band EQ contohnya LT-Dual, LT-Metal, ML-2 dan Dark Matter. Dengan setting seperti di atas, distorsi pedal ini dapat menyamai ~98% bunyi distorsi amp Joyo BanTamP XL Zombie II.
Sudah boleh berbangga mengatakan "aku gitaris metal dan ada Metal Zone".
_____
AADI: Juga terGAS kembali BC-2 Combo Drive.
2 komen:
Serupalah kisah kita, MT-2 pertama dilepaskan atas sebab kurang minat.
teringin versi Waza MT-2W tapi harga terlalu premium
Post a Comment