Ini antara yang masuk dalam senarai GAS tahun ini (lupa nak buat entri GAS tahunan). Juga sebagai amp bilik tidur pengganti kepada Blackstar HT-5RH dan HT-112 yang dilepaskan beberapa minggu lepas.
Joyo BanTamp XL Zombie II ini diperolehi daripada Music Bliss dengan pengeposan percuma. Spesifikasi dan harga amp ini mengalahkan dua calon mini amp head (metal) saingan iaitu Vox MV50 High Gain dan Orange Micro Dark. Pelbagai pujian daripada YouTubers terkemuka juga sedikit sebanyak menjadi pemangkin.
Aku memilih model Zombie II berbanding model lain kerana inginkan karekter bunyi high gain ala Mesa Boogie Rectifier. Amp ini juga memiliki clean channel jika ingin bermain dengan pedal atau multi-effects.
Sebagai versi XL (mark II?) ia kini memiliki tombol GAIN/TONE/VOLUME berasingan untuk setiap channel (clean/OD) berbanding versi pertama yang berkongsi tombol. Spesifikasi yang mengalahkan dua amp saingan pada perenggan kedua tadi selain memiliki effects-loop (send/return) sebagai bonus.
Versi XL ini juga didatangkan sekali dengan suis kaki jenis latching untuk menukar channel secara jarak jauh. Ia juga serasi dengan suis kaki jenis latching jenama lain. Antena di belakang adalah antena bluetooth, yang ini aku tak berkira sangat jadi tak payahlah cerita.
Digandingkan dengan kabinet Vox V110NT (Celestion VX10 10", 16 Ohm, 30 Watts) yang sudah lama terperap dalam simpanan. Namun pada tombol volume 8-10 o'clock sudah cukup kuat untuk setup bilik tidur. Nampaknya ia boleh menyaingi kekuatan bunyi ex-HT-5RH aku sebelum ini.
Sebagai klon Rectifier, bunyi amp ini memang metal. Gain terlalu tinggi, untuk gitar berpikap high output atau aktif, tombol GAIN pada kedudukan 9 o'clock sudah cukup untuk ber"chuggah-chuggah". Cuma tombol TONE yang agak kecil sapuan frekuensinya.
Tunggu ada sessi jamming barulah ia dapat dipandu uji secara optimum mengetahui kualiti dan kekuatan bunyinya. Juga belum ada masa untuk bermain-main dengan pedal modulation/delay/reverb pada effects-loop.
_____
AADI: Tunggu ada Meteor II pula.
0 comments
Post a Comment