Walaupun cuti umum Gawai Dayak hanya akan bermula esok (1/6/2012) sehingga Isnin minggu depan (4/6/2012), tapi aku dah mula bercuti hari ni untuk menemankan Mrs. Ijau membawa Lil'Ijau ke klinik untuk pemeriksaan berkala jaundis.
Dan kebetulan selepas balik dari klinik, aku singgah sekejap di pejabat untuk mengambil bungkusan poslaju yang sememangnya dah dijangkakan sampai hari ni.
Bungkusan poslaju kali ni merupakan barang yang dibeli dari seorang user LYN Street Mart (sebenarnya bukan beli, tapi trade dengan dua buah pedal aku dalam entri GKC ni). Barang apa?
A set of used Tesla Plasma-RS1.
Ya, ia merupakan set terpakai (used) dan bukannya set baru, yang sebelum ini pernah dipasang pada sebuah gitar strat-copy. Pi mai pi mai tang tu, penjualnya juga merupakan seorang daripada geng "Tesla Troopers" di LYN. Dan set ni dahulunya dibeli dari Ashportal, sebab penjual pikap Tesla di LYN sekarang (Hashtag) jarang menjual Tesla secara set.
Secara fizikalnya, ketiga-tiga pikap nampak masih baru dan tiada kecacatan (selain berhabuk), wayar juga masih panjang. Disertakan juga dengan segala skru dan tak lupa sekeping vibration damper.
Persoalannya sekarang, apa hal aku TERbeli set Plasma-RS1 ni? Aku bukannya ada gitar jenis strat SSS pun, hahaha! Ntahlah, mungkin pasal aku rasa ia merupakan tawaran yang sukar ditolak (used set for RM3xx, new set might cost around RM5xx) lagipun bukannya beli secara tunai, tapi trade dengan pedal yang memang aku dah tak guna lagi.
Mungkin suatu hari nanti boleh cari makan dengan servis menjual dan memasang pikap gitar secara sambilan (macam kes gitar hibrid si Korawk), betuk tak Bro Yus?
Other pickups currently in stock:
- Seymour Duncan JB SH-4 white
- Tesla Plasma-7 bridge white
- Tesla Plasma-X1 set zebra
- Tesla Plasma-1 (used)
- Tesla VR-1 (used)
- Tesla VR-Extreme (used)
_____
Ada apa: Macam dah gatal tangan nak bermain dengan pateri...
2 komen:
terbaik bro..byk pickup tu hehe..btw, tesla skrg dah x buat kotak utk set mcm plasma-rs1..yg kotak set cuma set active pickups je huhu :(
ooo yaka?
Post a Comment