
Jumaat (29/4/2011) - Kalau dua hari lepas aku pi ronda-ronda di CK Music, petang ni pula dah plan nak pi Music Master Studio, yang "tak berapa jauh" dari Hotel Shah's Village (dua stesen Putra je).
Dari stesen Taman Jaya turun stesen Taman Bahagia memang terasa kejap. Dah lama aku tak turun stesen Taman Bahagia ni, kali terakhir hampir 10 tahun lepas.
Dari info website Music Master dan blog gapnap.com, hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki dari stesen Taman Bahagia. Dengan berbekalkan peta lukisan tangan yang aku "salin" dari Google Map, aku mengambil masa hampir 20-25 minit untuk sampai, sebab aku "salah lorong" pusing jauh dari Masjid Aminah binti Abdullah (akibat tak lukis peta dengan teliti).
Boleh dikira kali pertama aku ronda-ronda di area SS2 ni, aku tak sangka pula Music Master ni berada di area kawasan perumahan, aku ingatkan kawasan komersil macam depan stesen Taman Bahagia tadi. Oke, enough with the craptalk - long story short, here's the premise!

Got music?
Masuk-masuk je aku terus tegur tauke kedai yang kebetulan ada di kaunter - the "gapnap" himself, Clement Cheng. Bila aku perkenalkan diri (guna nama betul) dia agak blur. Tapi bila aku sebut pasal blog "KucingHijau" all the way from Bintulu, Sarawak baru dia ingat. Terus bagi full access snap gambar barang-barang dalam Music Master sepuas hati, hahaha!
Oke, ni ada beberapa gambar yang aku snap - tolong promote Music Master Studio.

The effects bar (so they're called). Aku tak tengok lama-lama area efek pedal ni, takut terGAS pula nanti.

Ceriatone tube amp, MIM (Made in Malaysia?)

The infamous Music Master's The Walk Of Fame,
kalau boleh aku nak tulis "IDK was here" atas lantai.

Couple of Bitches Biches, Warlock, RR, Flying-V...
Yang V di tengah tu aku tak tau jenama/model apa.

Jackson RR24 - antara gitar idaman, tapi tak mampu (RM5k+). Takpa, sekurang-kurangnya aku dah pernah merasa main RR24 Jedi Master Ymi of Manggas.

Epiphone Les Paul Goldtop with Gibson's "open book" headstock and 2-screw "bell-shape" truss rod cover, MIJ - quite rare.

Double headed dragon Epiphone SG.

Ibanez RGs, including some Prestige models.

Tanglewood and AXL singlecut's. SG-copy di belakang tu aku lupa jenama apa. Rasa-rasanya Tanglewood juga kot? Tanglewood arctic white Strat copy yang aku cerita dalam entri yang lepas pun ada juga, very nice and tempting at RM5xx price tag, not bad!

Spear Les Paul copy - nice craftsmanship, kalau ada rezeki lebih boleh masuk dalam list tahun depan ni hehehe...

Spear "custom" RD Active singlecut (Seymour Duncan Blackouts?), nasib baik flame-graphic tu bukan berwarna hijau, kalau tak memang aku dah GASsed!
Oh ya, aku pi Music Master ni sebenarnya nak cari gigbag yang bagus dan murah pada harga di bawah RM100 (selain cuci mata). Setelah membandingkan beberapa jenis gigbag, akhirnya aku memilih Original Gig Bag (OGB) Airline Blue (nanti buat entri lain), dan tak lupa juga Hennessey strap lock, with some discount of course.

Kalau bukan disebabkan ada plan lain kat KL nun, memang aku dah lepak lama-lama di Music Master ni, lagipun aku datang bertiga (dengan dua orang lagi staf Bintulu yang ikut Konvensyen KIK) kesian pulak diorang tertunggu-tunggu.
Kalau ada kesempatan pi PJ lagi (kursus, urusan rasmi), mungkin aku datang Music Master lagi... Thanks Clement/gapnap!
_____
Ada apa: Aku lupa nak tanya pasal Warwick Rockcase for bass, aisehmen...
12 komen:
err..cerita pasal ko pegi nengok AF9 kat AEON Jusco, Wangsa Maju takder ker?
heheheheh...
wahh ada af9 ka??? karangan anda semakin improve syabas dik.... follower pun macam betambah dah
Ceriatone = MIMy
bro- lawatan seterusnya, tnagkap ler gambar bass pulak... :-)
berteromber:
aku balik bintulu ptg sabtu, tp aku lg rela tgk mentor drp AF, sapot pikot tandagal
oriaj:
terima kasih kerana menjadi komentar terhangat sejak penjenamaan semula AADI, anda layak dibelanja mkn kepsi (oleh cimca)
jo:
aku nak test aritu, tp aku malu ;) sbb aku bknnya pandai main gitar
bro sub:
dlm premis ni xbyk bass yg menarik, lgpun mata dah rambang tgk "rare species"
nice write up bro !!!!! thank you for this post !
nyesal tengok entry ni... jadi gas balik ;)
gapnap:
next target - warwick rockstand-3 & rockcase
abg ben:
GAS tang mana tu?
oi ! u lupa beli T shirt ! bole dapat special price ! hahaha
gapnap:
how about buy tanglewood/spear, free t-shirt?
wow. diaorang bagi amik gambar!!! Kat depan BJ ni aku baru snap sekeping dah kena sound ngan amoi tu
muspeed:
ikut pengalaman aku, klu nak snap gambaq ada baiknya tanya tauke/patron kedai dulu, jgn terus2 snap... klu depa xbg snap kat dlm, hang pi snap dari luaq... klu hang snap dari luaq pun depa marah, lantak pi la! hahaha...
btw, this is music master, not some generic average guitar shop (kan gapnap kan?)
Post a Comment