Singgah sekejap di premis My Music lepas balik kerja, mencari tali gitar yang dijual secara berasingan (individual strings) sebagai "backup" sekiranya tali Gibson Brite Wires yang teruk berkarat (dalam entri lepas) tiba-tiba buat hal.
Di premis ni hanya tali gitar berjenama Alice dijual secara berasingan, aku membeli tiga tali pertama (unwounded strings, GBE), dan juga yang dijual sebagai set (9-42) untuk disimpan dalam stok - bertambah lagi stok tali gitar aku. Dua keping pick *tengkorak tu pula dibeli sebagai koleksi (geng dengan pick tengkorak yang didapati dari Pusat Muzik Reco).
Jangan pandang rendah pada tali gitar jenama Alice ni, walaupun ia dikategorikan jenama murahan, tapi ia merupakan antara tali murahan yang lembut, tegap dan lambat berkarat. Sekurang-kurangnya ia tak berkarat sebelum digunakan, tak seperti tali jenama "mahal" tu...
_____
Ada apa: *Tengkorak merah tu pastinya Diablo II, yang hijau aku tak pasti di mana aku pernah tengok.
7 komen:
ketawa aku baca ayat ko yang " jangan pandang rendah...... ".
heh, apa yg lucunya deaf?
made in china ke nih?..sorry buta huruf pasal bab tali gitar
nama kompeni jenama alice ni "guangzhou romance musical instrument co. ltd" kompom china mari hahaha... tp bg aku it's the best china made strings so far
antara yg best pasal kedai My Music ni ialah ianya lebih memberi penekanan kepada alatan muzik yg tak guna karen (acoustic la tu) seperti acoustic guitar, ukulele, mandolin, cello, violin, viola...bla2...disebabkan aku ni pun pemain ukulele jugak (tak tanya pun) so byk spare parts yg khas utk Uke terjual di sini seperti strings nya, ermm apa lagi ek...aku lupa dah hahaha
satu-satunya tali gitar karan yang ada jual kat kedai stationery yang jual gitar kapok! Aku pernah pakai! Mantap! Lepas tu putus! Tak tahan bending! (ayat budget macam solo bending sampai sekerat fret)
Seram tengok si tengkorak tu... :-o ni baru habis main gitar guna Alice picks... He he...
Post a Comment