Program yang dijadualkan bermula 7.30 malam (pendaftaran) hanya bermula secara rasminya sekitar 9.00 malam dengan ucapan pengerusi BRRU (Papa Rock Yep Hanafi) dan sedikit slide-show mengimbau kenangan silam rock di Bintulu.
Generasi rockers pelapis juga turut hadir - Alex, Ian dan geng-geng My Eyes See Ghost yang lain, yang rata-rata antara mereka masih di bawah umur 20an.
Juga ada jualan t-shirt rock kelolaan Bro Razib vokalis Mother Earth (kiri sekali), sambil memerhatikan Pak Yep dan rakan otai melakonkan adegan muamalat.
Apalah maknanya majlis makan malam kalau tak makan, kan? Inilah sessi beratur tunggu giliran ambil makanan hahaha! Kenampakan Bro Eden dan Amy (tauke REG Studio) di situ.
Eh? Ada Azroy menyelit? |
Sila singgah Facebook BRRU untuk gambar-gambar tambahan.
Persembahan akustik NV Unity. |
Setiap band hanya diberikan slot untuk dua buah lagu sahaja. Semasa band sedang membuat persediaan dan soundcheck, diadakan juga acara cabutan nombor bertuah.
Mother Earth |
Pak Yep dengan Jackson Warrior-nya. |
Layan blues... |
Ini bukan Goldberg dan Stone Cold Steve Austin ya. |
Din Glamour. |
Natas. |
Ya, Azroy menjadi gitaris jemputan Natas untuk persembahan kali ni. Bassist berbaju Union Jack (Bro Awie) bakal
Kemerahan, efek lampu kelip-kelip. |
Persembahan kali ni MUP menyampaikan lagu
Lagu kedua, lagu cover wajib MUP - The Troopers, yang disertai oleh "Steve Harris" jemputan Bro Awie daripada kumpulan Natas. Memang meletup-letup gallop bass dihentamnya. Seperti yang dijangka, part "ooo..." disahut oleh para pengunjung.
Habis sahaja persembahan, ketika aku sedang mengemas kelengkapan tiba-tiba nombor tiket aku (116) terpilih untuk cabutan bertuah yang keenam.
Kemudian selepas berkemas aku pun bergegas balik rumah disebabkan masalah yang telah dijelaskan di atas tadi, jadi tak sempat menyaksikan persembahan "main event" band penganjur iaitu BRRU Project.
Setibanya di rumah, bekalan elektrik dah kembali ada setelah terputus 45-50 minit. Hadiah cabutan bertuah tadi rupanya sehelai t-shirt berwarna merah (duh~) berlogo BRRU. Aiseh warna merah la pula... Nasib baiklah saiznya XXL, taklah diskriminasi saiz, sekurang-kurangnya dapat juga aku pakai nanti (pada masa-masa tertentu).
Tak lama kemudian, aku menerima sms daripada Bob Kandar mengatakan bahawa gitaris MUP (Azrol) menerima anugerah gitaris harapan disebabkan skill gitar dan umurnya yang agak muda. Ni mesti kes solo semasa lagu Tears Of The Dragon yang sememangnya solo panjang yang ohsem...
Oh ya, tidak seperti kes MBA di Terengganu, di Bintulu (dan mungkin di seluruh Borneo amnya) rock dan anak-anaknya (pelbagai genre metal) tidak dipandang serong. Bak kata Pak Yep "rock is an art form, we respect arts".
_____
Ada apa: Dah boleh tutup resume MUP untuk tahun 2013.
4 komen:
wah janggut putih tu sape... Jordan Rudess?
aku baca ngan penuh thrill, dan debar2 report ni haha.
Terbaik dan penuh suspense tapi happy ending la kira ye. Best.
Tu lah..janggut putih sekali tengok macam kerry king pun ya jugak..nice report,terasa macam aku ada kat sana sekali..heheh
dr ben:
rudess la tu, turun pangkat main gitas sbb keyboard din glamour dah conquer
deaf & rafi:
byk juga "moments" yg aku tak sempat snap gambar sbb awal acara risau bandmates blm sampai, ujung acara pula kelam kabut nak balik
Post a Comment