Dengan kemasan butterscotch mengingatkan aku kepada Telecaster Papa Het yang digunakan untuk lagu-lagu yang agak twangy (seperti lagu ni). Chop menggelar gitar ni dengan nama "Telescotch".
Tidak seperti Telecaster biasa, VMTC2 ni dilengkapi dengan pikap jenis soapbar iaitu Duncan Designed P90-2 beserta tombol volume dan tone yang berasingan untuk setiap pikap (macam Les Paul).
Disebabkan sebelum ini Chop dah biasa menggunakan GAX30 dan Standard Telecaster yang kedua-duanya memiliki satu tombol volume dan tone. Jadi memang agak janggal dan kelam-kabut jika menggunakan gitar yang memiliki dua tombol volume dan tone, lebih-lebih lagi ketika persembahan live seperti Love & Peace Gig minggu lepas.
Sebenarnya tiada apa masalah dengan tombol volume gitar ni, disebabkan Chop suka menggunakan kedua-dua pikap sekaligus (center position) maka cara volume swell agak berbeza jika dibandingkan dengan menggunakan hanya satu pikap (neck atau bridge).
Aku tak suka gitar jenis Telecaster, antara sebab utama ialah disebabkan headstock Telecaster yang
Satu lagi sebab kenapa aku tak suka gitar Telecaster (atau gitar lain yang mempunyai bridge yang sama seperti gambar di atas) ialah disebabkan skru/nut saddle yang tertonjol selepas action direndahkan. Sememangnya agak kurang selesa untuk membuat palm mute dengan keadaan sebegini. Aku lebih suka fixed bridge jenis tune-o-matic (TOM).
Tiada apa-apa proses baik-pulih dijalankan kerana semua bahagian elektronik berfungsi dengan baik. Hanya beberapa pelarasan dilakukan - merendahkan action, melaraskan truss rod, mengemaskan lilitan tali gitar pada tuner dan sedikit pembersihan.
_____
Ada apa: Telecaster (copy) LTD nampak menarik.
2 komen:
mgkn gitar tidak ditakdirkan untuk teknik palm mute...sedih™
klu xda modifikasi mcm telecaster jim root atau john 5, mmg tele bkn ditakdirkan utk metal
Post a Comment