Seperti keputusan entri minggu lepas, kali ini aku menggunakan Tommy (Ibanez SR300, aka IDK sig mark IV) terus ke amp Behringer studio dengan perantaraan Tech 21 Fly Rig PL1.
Sudah serasi lebih 10 tahun menggunakan bass Ibanez Soundgear dan dua variasi Gio sebelumnya; ex-Crows (GSR190J) dan ex-Clover (GSR200EX).
PL1 digunakan untuk fungsi compressor, sedikit reverb dan tuner sama seperti setup ketika Metuk Ulau Fest 2020. Walaupun ia efek untuk gitar, tapi wasser (clean channel) amat cemerlang sebagai preamp bass, terutama fungsi compressor yang ada dengan satu tombol yang ringkas.
Untuk sessi seterusnya mungkin akan mencuba efek bass lain lagi, sebelum memutuskan efek apa yang sesuai digunakan pada hari kejadian kelak.
Selalu mengintai headguard Decathlon Outshock Helmet 100 di website Decathlon, tetapi selalu sahaja kehabisan stok ataupun tiada saiz yang diingini. Bila saja ada stok dan saiz, terus masuk bakul.
Diperolehi terus daripada website Decathlon bersama-sama beberapa barangan Decathlon sampingan dengan pengeposan percuma. Masih berdiskaun 12% sama seperti ketika diintai di premis Decathlon Petaling Jaya (ketika itu bajet terhad).
Model ini lebih memberi perlindungan penuh pada muka terutama bahagian mata, hidung dan dagu berbanding Everlast Core yang hanya memberikan perlindungan asas. Ia lebih sesuai untuk sessi hard sparring berbanding soft sparring untuk Everlast Core tadi.
Bagi aku, paling menjengkelkan ketika sparring ialah bila terkena tumbukan berdekatan mata, biasanya contact lens pasti akan terkeluar. Kalau terkena hidung pula aku jadi cepat marah dan akan bertukar menjadi hijau...
_____ AADI: Faktor usia juga menjadi alasan utama.
Keputusan yang bijak untuk Nicko McBrain mengundurkan diri daripada dunia konsert demi kesihatan. Awal tahun ini pun katanya pernah menghidap strok seperti dilaporkan dalam video YouTube ini.
Dan bijak juga untuk Iron Maiden mengumumkannya ketika penghujung tour The Future Past di Brazil yang sememangnya zon peminat Maiden paling fanatik untuk sambutan yang paling epik (tengok gambar di atas). Kalau diumumkan di Eropah atau Asia, mungkin ia tak semeriah Brazil atau Amerika Selatan amnya.
Tiada apa lagi yang perlu dibuktikan, pada umur 70an masih aktif berkonsert menjelajah dunia bukanlah sesuatu yang semua orang boleh lakukan. Nicko aktif dalam Iron Maiden pun sudah 42 tahun, hampir seusia aku.
Namun katanya Nicko akan tetap aktif bersama Iron Maiden di belakang tabir. Terima kasih Michael Henry McBrain, signature bunyi hi-hat berdesup pasti akan dirindui...
_____ AADI: Siapa pengganti untuk tour Run For Your Lives?
Dihubungi oleh seorang rakan atas rakan yang meminta servis dua buah gitar miliknya. Katanya servis aku disarankan oleh Nasuki Malim (Bintulu Buskers). Orang yang sama membeli lima pedal-pedal aku dalam entri ini dan ini.
Gitar pertama ialah sebuah Gibson 2017 Explorer. Bermasalah pada tombol bridge volume, bila dipulas maksimum (10) tiada bunyi, tapi bila diturunkan sedikit (~9) kembali ada bunyi.
Dihantar bersama-sama hardcase. Walaupun tersedia sebungkus tali Ernie Ball, tapi tuan punya hanya perlukan service tombol sahaja. Tiba-tiba teringat ex-Korina aku...
Menjenguk isi perut, fuh!~ Beginikah susunan wayar-wayar di dalam sebuah Gibson? Masih mengekalkan pot asal Gibson dan timah pateri masih cantik. Maknanya ini merupakan pematerian asal dari kilang. Ikut pengalaman aku, gitar-gitar buatan China dan Indon lebih kemas sususan wayar-wayar dalaman berbanding Explorer ini.
Penyelesaian pantas, kesemua pot dicuci dengan electronic contact cleaner, tak perlu tukar pot. Dulu amat susah mencari produk ini, sekarang sudah ada dijual di premis Mr. DIY.
Lain cerita dan untuk rekod, gigbag G-PG-335V Pro Go juga boleh memuatkan gitar berbentuk Explorer dengan sedikit pelarasan kedudukan bantal bawah dan leher.
Gitar kedua pula sebuah Jackson JS32 King V, model 2010 buatan India, ketika mana batch JS32 masih didatangkan sekali dengan gigbag Jackson Bomb sama seperti ex-Kelly Kelly aku hampir 15 tahun lepas.
Untuk King V ini hanya servis untuk pemasangan tali dan talaan sahaja. Tuan punya tak pandai memasang tali dan setup pada gitar ber-Floyd Rose.
Dibekalkan dengan tali DR Dragon Skin bersaiz 9-42. Sebagai tali yang bersadur (coated), sadurannya terasa agak kesat pada jari, perasaan yang sama seperti saduran versi Neon.
Kalau biasa pasang tali pada gitar ber-Floyd Rose (Special, 1000-series), variasi lain pun tak ada masalah seperti licensed Jackson ini, Gotoh GE1996T, Ibanez Edge-III dan/atau Edge Zero II. Ditala pada drop-D seperti yang dipinta.
Tiada bermain pateri untuk servis kali ini, kedua-duanya dapat diselesaikan dalam masa sekitar satu jam.
_____ AADI: Ada lagi sebuah baru masuk untuk servis.
Baru-baru ini Sony menyambut ulang tahun PlayStation yang ke-30. Dalam lima generasi PlayStation, aku hanya sempat memiliki dua generasi iaitu PSOne dan PS4. Maklumlah dahulu aku lebih kepada PC gamer berbanding konsol.
PSOne sempat diperolehi sekitar 2003 ketika di Penang, itupun untuk dihadiahkan kepada anak buahku si Aizuddin Madani bila aku balik kampung. Sebelum berpindah milik, sempatlah memainkan 2-3 tajuk game dengan serius berjam-jam. Untuk PSOne ini game yang paling melekat ialah Digimon World 3, savegame-nya pun masih lagi ada dalam memory card.
Zaman PS2 pula hanya sempat bermain di rumah kawan-kawan, itupun ala kadar memainkan game seperti FIFA dan The King Of Fighters. Tidak tergerak hati untuk memiliki PS2 atau PS3 kemudiannya kerana ketika ini aku masih lagi PC gamer tegar.
Sehinggalah ketika Fallout 4 dirilis pada 2015, PC aku ketika itu memang di bawah spesifikasi minimum untuk menampung Fallout 4. Kos menaiktaraf PC aku supaya serasi dengan spesifikasi minumum jauh lebih mahal berbanding harga sebuah konsol PS4 baharu.
Akhirnya pada penghujung 2016, aku menarik picu untuk mendapatkan sebuah PS4 Slim 500GB semata-mata untuk memainkan Fallout 4. Transisi daripada PC gamer kepada console gamer memang kekok pada mulanya.
Selepas habis memainkan Fallout 4 tiga pusingan pada awal 2017, tiada lagi kehangatan untuk berkonsol aka gaming fatigue. Maka PS4 Slim tadi terperap tidak dimainkan lagi sehinggalah musim PKP 2020.
Sehingga habis fasa keempat PKP, sekali lagi mengalami gaming fatigue. Dan atas faktor baby blues bakal menimang cahaya mata keempat ketika itu (tapi tiada rezeki), aku mengambil keputusan untuk melepaskan PS4 Slim ditukar (trade) untuk mendapatkan kembali bass Francesco (PFG5 Warlock) aku.
Fast forward awal tahun ini keinginan untuk berkonsol kembali, lebih-lebih lagi teringin untuk memainkan semula Days Gone. Maka tertarik lagi picu mendapatkan sebuah PS4 Pro 1TB terpakai.
Tahun ini game yang menusuk kalbu dan meninggalkan banyak memori pastinya game Red Dead Redemption II. Memang game tahap karya agung, masih relevan dimainkan selepas enam tahun rilisannya.
PS5? Belum lagi sampai tahap teringin untuk ber-PS5. Banyak lagi tajuk-tajuk game menarik PS4 dalam senarai intai yang belum ada peluang untuk dimainkan - The Outer Worlds, Elden Ring, Doom Eternal dan Shadow Of The Tomb Raider. Game yang aku dapat sekali dengan PS4 Pro - Sekiro, GTA-V, Jump Force - pun tak terkacau lagi.
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?