Sekali lagi dijemput oleh Erectus untuk menjadi bassist sementara (sessionist) mereka bersempena Sarawak Metal Regime 2024 hujung tahun ini. Bassist mereka tidak dapat berkomitmen untuk gig tersebut atas faktor musim perayaan Krismas.
Tidak seperti ketika gig Metuk Ulau Fest 2020, kali ini aku lebih bersedia dengan rujukan rasmi dan perkakasan (ada bass sendiri) selain masa yang cukup untuk mempelajari lagu-lagu dalam setlist.
Akan cuba menggunakan Francesco (Warlock PFG5) yang telah ditala D-standard (DGCFBb) untuk sessi jamming rehearsal, jika serasi ia akan digunakan untuk gig tersebut. Ironinya, bass ini diperolehi enam tahun lepas kononnya untuk berprojek dengan Erectus ketika itu...
"Sebelum ini sekitar penghujung 2018 pernah dijemput oleh Azrul untuk menyertai Erectus sebagai session bassist untuk rakaman EP terbaru mereka dan touring, kerana bassist asal Erectus telah "menghilangkan diri".
Tapi aku terpaksa menolak tawaran tersebut (terutama untuk touring) atas alasan keluarga, ketika itu baru menyambut cahaya mata ketiga."
Jika tidak serasi, Tommy (SR300) di belakang sana akan kembali beraksi.
_____
AADI: Amarah Duka.
0 comments
Post a Comment