Kotak yang dituntut sendiri di premis
Citylink Express Bintulu pada tengahari Rabu beberapa minggu lepas (19/2/2014). Beralamat daripada
Crinson Music, Shah Alam, dan dihantar sehari sebelumnya.
Ya,
jual bass lama untuk beli bass baru, gali lobang tutup lobang... Bagi mereka yang dah lama mengikuti AADI, fenomena sebegini bukanlah baru.
Ok, dah dua minggu baru nak buat entri ulasan bass baru ni. Seperti yang aku ceritakan dalam
entri sebelumnya, aku kembali masuk kem Ibanez selepas hampir setahun tanpa Ibanez dalam
axology.
Ibanez SR300 MFT (metallic forest) - SR300 merupakan model terbawah dalam siri Soundgear (SR), bawah daripada SR300 dah masuk versi Gio (GSR). Walaupun SR300 bukanlah model baru dalam siri Soundgear, tetapi kemasan hijau "metallic forest" ni merupakan kemasan terbaru untuk tahun 2014, warna seakan-akan MXR
Carbon Copy. Info lebih lanjut boleh layari website rasmi
Ibanez.
|
Bila kabel asal/stok tak boleh diharap. |
Pakej disertakan dengan manual, beberapa tag (EQB-IIID, strung with D'Addario, Ibanez QC check), allen keys dan kabel. Juga disertakan dengan beberapa keping pick Dunlop
Hetfield Black Fang (lagi) sebagai pemberian mutual oleh tauke Crinson Music. Manakala kabel Ibanez
Series DS dan D'Addario
NS Micro Tuner tu merupakan pembelian sampingan.
|
Standard SDGR headstock. |
Seperti beberapa model Ibanez lain, penutup truss rod adalah jenis yang senang diakses (swiveling), tak payah buka skru penutup jika hendak melaras truss rod, hanya tolak penutup plastik ke tepi. Apa itu
truss rod? Truss rod ni adik-beradik kepada fishing rod.
|
34" scale, full 24 medium frets. |
Mengikut pengalaman, mesti ada sebuah bass dalam axology, tak dapat nak jangka bila ia akan digunakan. Aku perlukan sebuah bass yang ringan, selesa, ergonomik, mempunyai elektronik (dan bunyi) yang mantap, bentuk yang agak sesuai untuk semua keadaan dan masih dalam kategori mampu milik.
Setelah membuat penilaian atas beberapa jenama/model bass, aku memilih SR300. Dan secara kebetulan tahun 2014 ada kemasan berwarna hijau, yang juga merupakan suatu ciri bonus. Aku hampir-hampir memesan SR300 berwarna putih (
pearl white) ataupun SR305 warna hitam (
iron pewter).
|
CAP EXF-N2 pickups with EQB-IIID 3-band EQ |
Pikap-pikap CAP EXF-N2 boleh dikatakan pikap yang agak versatile, ia tidak terlalu punchy seperti yang ada pada
ICB200EX (DCS4) dan
GSR200EX (PPD4), ia juga boleh menghasilkan bunyi bottom end yang agak lembut seperti pikap jazz bass.
|
Accu-cast B120 bridge. |
Accu-cast B120 bridge lebih tegap, moden dan senang dilaras berbanding bridge yang ada pada bass-bass aku sebelum ini; B10 bridge pada
GSR190J, ICB200EX, GSR200EX,
GARTB20 dan DB-4 bridge pada
F-54. Daripada warna-warni pada ball-end sudah pasti tali stok yang digunakan adalah berjenama D'Addario.
|
Made in Indonesia, November 2013. |
Buatan Indonesia bernombor siri I131117556, walaupun bass ni adalah model 2014, tetapi ia dihasilkan pada bulan November 2013.
|
SR4 5-piece maple/rosewood neck. |
Gabungan lima keping kayu maple/rosewood secara bertindih untuk memastikan neck bass ni tegap dan pada masa yang sama masih lagi mengekalkan kenipisan neck SR4 siri Soundgear. Sambungan bolt-on juga agak ergonomik seperti
AANJ yang ada pada gitar-gitar siri Roadgear (RG).
Kedudukan ruang bateri yang agak berbeza berbanding bateri PHAT-II yang ada pada ICB200EX dan GSR200EX.
|
Pendawaian yang kemas. |
Antara sebab utama kenapa aku memilih Soundgear berbanding bass jenama/model lain pada julat harga yang sama (selain faktor warna hijau) ialah disebabkan elektronik yang ada - Ibanez EQB-IIID 3-band EQ (bass, mid, treble), yang lebih canggih dan versatile berbanding PHAT-II. Bunyi-bunyi dapat dilaras terus daripada bass tanpa perlu melaras pada pedal, preamp ataupun amp (jika perlu, lain cerita).
|
+1 on "not for retail sale". |
Kelemahan? Setakat ni aku cuma perasan satu saja kelemahan bass ni - tali bass asal/stok yang dipasang (D'Addario) memiliki gauge yang kecil, agak menggelebeh jika ditala pada talaan rendah seperti Eb dan D tuning (boleh diatasi dengan melaraskan ketinggian action pada bridge). Tapi jika anda suka bunyi-bunyian bass "ketung-ketung" ala gallop Steve Harris, tak perlu laras, senang-senang saja dapat bunyi macam tu.
Seperti entri-entri ulasan gitar/bass dan gajet baru yang ada dalam AADI sebelum ini, ulasan dalam entri ni pun semuanya temberang belaka. Jadi tak perlulah tanya pasal demo audio/video sebab aku bukannya pandai sangat main bass, setakat patuk-patuk manuk bolehlah.
Nickname? Aku akan menggelarnya
TOMMY, sempena Tommy (Oliver)
The Green Ranger. Secara tidak rasmi ia juga merupakan self-proclaim IDK signature Mark IV (hehehe).
_____
Ada apa: Fuh~ Tommy The Green Ranger, KLMJ sungguh!
4 komen:
Kat indon memang ada kilang Ibanez ke?
The Green Goblin?
Btw, tahniah utk pembelian bass baru
rafi:
ibanez, LTD, cort, squier ada kilang di indon
adi:
hulk, green lantern, green goblin terlalu common
Bridge mantap.
Post a Comment