Hari ini bass aku Ibanez Soundgear SR300 aka Tommy pula genap sedekad dalam axology. Warna hijau metalik menjadikannya berstatus "IDK Signature" (self-proclaimed) Mark IV dan menjadi bass utama aku. Sebagai sebuah bass Soundgear series (SDGR), ia memang ergonomik, ringan dan selesa digunakan.
Senjata utama jika aku menjadi bassist dalam beberapa gig dan persembahan umum antaranya - Malam Aspirasi Seni 2016, Gig Raya Warung Deli 2017, Glam Rock Nite 2017, rehearsal Sarawak Rock'n Mob 2018, Metuk Ulau Fest 2020 dan MUP 10th Anniversary FB Livestream.
Malam Aspirasi Seni 2016. |
Gig Raya Warung Deli 2017. |
Glam Rock Nite 2017. |
Sarawak Rock'n Mob 2018 rehearsal. |
Bass ini pernah dilepaskan kepada si Korawk sekitar Mac 2019 kerana ketika itu aku mengambil keputusan untuk berhenti haluan bass dan fokus kepada gitar. Tetapi berjaya diperolehi semula setahun kemudian sekitar Julai 2020 dengan pertukaran (trade) gitar akustik Ovation CC24 (ex-Celeb).
Metuk Ulau Fest 2020.
MUP 10th Anniversary FB Lvestream 2021. |
Ketika bersama si Korawk, ia juga pernah digunakan beberapa kali semasa gig MUP - Isolated Gig Vol. 1, Isolated Gig Vol. 2 dan DGR 2019.
Juga pernah digunakan oleh bassist Pisuljer Insulter ketika gig Metuk Ulau Fest 2020, kerana equipment mereka tidak sempat sampai pada waktunya.
Ketika ini seperti tiada lagi keinginan untuk fokus kepada haluan bass mahupun mengintai kelengkapan berkaitan bass baharu. Gunakan apa yang aku ada sahaja, bass Francesco pun masih belum keluar daripada kotaknya sejak berpindah rumah penghujung Julai tahun lepas.
_____
AADI: Entri terjadual.
0 comments
Post a Comment