Diperolehi daripada Music Bliss pengedar rasmi produk Tech 21 di Malaysia, dengan harga yang boleh dikatakan harga YES tidak rasmi. Dana-dananya adalah hasil GLTL beberapa pedal dan gajet dalam entri-entri sebelum ini.
Aku memilih PL1 kerana ia lebih sesuai dengan genre muzik yang aku mainkan berbanding Fly Rig 5 biasa ataupun signature Ritchie Kotzen RK5. Ia seperti memiliki beberapa pedal - compressor, amp modeling (clean/distortion), boost, delay/vibrato, reverb, tap tempo, tuner dan cab sim DI box - dalam satu pakej kecil tanpa diserabuti oleh patch cable dan daisy chain.
Spesifikasi lanjut dan bunyi-bunyian rasanya tak perlulah aku ulas di sini, boleh layari website rasmi atau tonton saja video YouTube Music Bliss di atas atau Pete Thorn di bawah.
Sebagai gitaris + vokalis, aku perlukan rig yang seringkas mungkin, untuk bunyi-bunyian pelik, solo berapi dan selebihnya adalah tugas gitaris utama. Sebelum ini aku lebih selesa menggunakan MS-50G (atau RP360 jika setlist panjang), yang secara rasminya akan diganti oleh PL1 selepas ini (MS-50G pun dah jual).
DI output with cabinet simulation - inilah fungsi paling menang untuk pedal ini. Amat berguna jika backline gig hanya ada dua buah amp gitar tetapi band ada tiga gitaris (macam kes MUP). Output daripada DI ini boleh disambung terus ke FRFR, mixer atau PA system (dengan harapan soundman adalah jenis educated).
Ok, aku bukanlah mengikuti Rammstein sangat, kenal mereka pun era Braingell Radio. Tapi aku suka genre unik mereka, dan ada beberapa lagu Rammstein memiliki nilai-nilai nostalgik seperti Sonne, Du Hast, Engel, Amerika
Akan dibuat lagi entri susulan selepas sessi pandu-uji semasa jamming atau gig (itupun kalau ada sessi dalam masa terdekat). Kalau nak cerita sekarang pun temberang saja lebih...
Links 2-3-4.
_____
AADI: Hampir-hampir memilih Nux Cerberus.
0 comments
Post a Comment