Seperti yang dirapu sebelum-sebelum ini, tujuan utama aku berPS4 ni semata-mata nak main Fallout 4. Dan inilah aktiviti nokturnal (kena tunggu anak-anak tidur) aku sepanjang hujung minggu ni.
Proses migrasi daripada PC gamer kepada console gamer sebenarnya merupakan suatu pengalaman yang agak menjengkelkan, lebih-lebih lagi bila main genre FPS. Selama jadi PC gamer memang dah kompenten main FPS dengan keyboard/mouse tapi bila terpaksa guna DualShock, serius terasa kekok. Tapi tak mengapa (parap-parap), lama-lama nanti kompeten la tu...
Maka, satu daripada GAS 2016 sudahpun tercapai.
_____
Ada apa: Nasib baiklah ada VATS.
4 komen:
Mungkin aku dah tua...tak reti dah nak main benda2 gini...haha..
wah..dah sampeiii..lawa jugak yang slim ni.mesti lewat tidur skarang eh.mula2 je rasa kekok guna DS4 tu,lama2 ok la.aku tgh tggu org nak jual mafia 3 ni.kalo yang baru fikir 2-3 kali nak beli.heheh
bert:
mungkin akan kembali jadi PC gamer untuk genre2 FPS/RPG yg serius, PS4 ni bolehlah untuk main santai genre2 action macam tomb raider
rafi:
kena tidur awal pkl 10 malam mata dah tak tahan, tapi ganti bangun awal pukul 3-4 pagi kalau nak main
Best nak nak kalau sound kuat
Post a Comment