Adi Herman dah awal lagi buat entri pasal Oktoberfest ni, yang berlangsung di La Bistro Cafe, Kemena Hotel pada malam semalam (Sabtu 20/10/2012). Aktiviti bermula sekitar 7.30 malam. Berikut adalah gambar-gambar yang diperolehi daripada kamera
ciput murahan aku Sony Cyber-Shot
DSC-S930.
|
Tiket rasmi. |
Ahli-ahli kumpulan yang membuat persembahan boleh masuk tanpa tiket, tapi tak dapatlah kelebihan seperti pengunjung yang membeli tiket seperti makan secara buffet, cabutan bertuah, "minuman" sebotol dan beberapa cenderamata. Walau bagaimanapun, makanan untuk ahli-ahli kumpulan telah disediakan berasingan di dewan banquet.
|
Walaupun ringkas tapi sedap. |
Urutan persembahan:
Ana & The Scene The Once
- Majestica
The Once Ana & The Scene
- Metuk Ulau Projekt (MUP)
- Wantwojuice
Persembahan "live band" bermula sekitar 9.00 malam dimulai dengan persembahan raggae berwarna-warni yang mengasyikkan daripada kumpulan The Once.
|
The Once. |
Sepatutnya persembahan pertama ialah kumpulan Ana & The Scene, tapi disebabkan beberapa ahli kumpulan tersebut belum tiba (malam tu hujan lebat), jadi giliran mereka diambil alih oleh kumpulan The Once.
Persembahan antara kumpulan diselang-selikan dengan acara cabutan bertuah dan beberapa permainan parti anjuran pihak bistro untuk memberikan masa persediaan bagi kumpulan yang bakal membuat persembahan seterusnya.
|
Majestica. |
Persembahan yang mantap oleh Majestica, dengan muzik progresif dan sentuhan gitar ala-ala Petrucci memang memukau penonton. Cover lagu
Perfect Stranger (Deep Purple) memang best! Dengar-dengar mereka ni bakal melancarkan album/EP/single (aku tak pasti) mereka tidak lama lagi.
|
Ana & The Scene. |
Band indie/alternative tempatan Bintulu - Ana & The Scene, persembahan dan perkakasan yang telah dinaiktaraf semenjak gig
OSH2012 Februari lepas. Baru berpeluang berkenalan dengan Chop Sudir (vokalis/gitaris) kumpulan ni.
Setiap kumpulan diperuntukkan masa sekitar 30 minit (5-6 buah lagu) untuk membuat persembahan. Walaupun tiada unsur-unsur pertandingan, tapi pada pendapat aku setiap kumpulan memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton pada malam itu.
|
Wantwojuice. |
Cuma aku kesian dengan kumpulan Wantwojuice ni, waktu mereka membuat persembahan (sebagai kumpulan terakhir) sekitar pukul 11.00 malam, ramai pengunjung yang
coming home dah pulang. Adakah disebabkan perlawanan MU dah tamat? Yang tinggal hanyalah beberapa pengunjung di meja hadapan dan ahli-ahli dari kumpulan lain memberikan sokongan dengan menyanyi dan menari(?) bersama.
Oh ya, mesti ada yang tanya mana gambar persembahan MUP kan? Tengoklah nanti kalau aku rajin aku sambung, buat entri khas untuk persembahan MUP sahaja. Bias? Memang pun hahaha~
Bersambung...
_____
Ada apa: Selepas Oktoberfest ni, Metuk Ulau Projekt akan dikenali sebagai Metuk Ulau Project.
4 komen:
bye bye K hahaha....no more bad english...entri psl MUP kau rilis esok la haha x sbr nak baca ni
more. interesting.
sambungan pelisssssss!!!!
sabar, sabar...
tgh memilih gmbr yg sesuai
Post a Comment