Persembahan pentas (rock) dikelolai oleh geng-geng Bintulu Rockers Re-Union yang hampir kesemuanya merupakan ahli BAWARIS, diadakan pada pagi Ahad 28/2/2016.
Agak kelam kabut kerana diberi notis pendek dan aku pula baru balik dari Melaka beberapa hari sebelumnya. Hanya sempat berlatih dalam dua sessi dengan sedikit perubahan line-up seperti gig YOLO 2013, Korawk menjadi frontman, manakala aku menggalas tugas pemain bass bersenjatakan Tommy dan GFX-708.
Disebabkan kurang keyakinan, Korawk hanya fokus kepada vokal dan tidak bermain gitar. Dan disebabkan faktor yang sama makin menjadi-jadi, setlist pada mulanya empat lagu akhirnya menjadi dua (The Trooper, Kabus), dan kedua-duanya masih memerlukan helaian lirik. Berlakulah beberapa insiden yang epik, contohnya gambar di atas.
Kerana hanya seorang gitaris, Azrol menggunakan kedua-dua amp Marshall MG100DFX + 4x10 dan Stinger + 4x12 (nampak macam Smarvo).
Kualiti bunyi atas pentas sama seperti persembahan semasa Bintulu Bike Week 2013 kerana menggunakan peralatan dan khidmat kompeni FOH yang sama. Monitor speaker hanya diletakkan di sebelah drummer dan di depan pentas (untuk vokalis). Manakala pemain gitar dan bass terkial-kial mencari posisi optimum untuk mendengar kesemua mix.
Post-mortem:
- Frontman perlu lebih bersedia dan berkeyakinan tinggi.
- Perlu ada lagu "crowd-friendly" dalam setlist.
Ada apa: Kuasa veto diperlukan selepas ini.
3 komen:
main lagu kabus eh..i loikeeee (y)
haha.. kertas lirik ke betabur tu..
rafi:
lagu cover rasmi MUP, aka lagu RM800
d'arsil:
lepas tu terpaku tak kutip
Post a Comment