Juga untuk dipasangkan set tali baru Ernie Ball Hybrid Slinky (9-46) yang dibekalkan sendiri oleh Nuing. Bungkusan Ernie Ball ni nampak lain sedikit, lebih metalik, mungkinkah batch baru?
Selepas diperiksa, masalah utamanya ialah suis 3-arah yang rosak penangan oksidasi dan bukannya masalah pendawaian. Dipasangkan dengan suis baru Proline Alpha yang diperolehi daripada Pusat Muzik Reco, masalah selesai.
Ketika inilah Nuing teracun pula dengan set progressive metal Seymour Duncan (Sentient/Pegasus) aku, walaupun dipromot dengan jualan akhir tahun jenama DiMarzio.
Setelah rundingan dan persetujuan kedua-dua pihak, ia ditukar (trade) dengan set classic rock DiMarzio (PAF 36th/Super Distortion) yang dipasang bulan Mac lepas, dengan tambahan sedikit tunai. Sememangnya aku "rindukan" set classic rock ini, kini kembali pulang ke pangkuan...
Seperti yang dijangka, karekteristik Sentient/Pegasus ini agak nyaring (bright) pada gitar superstrat berkayu basswood (pernah dipasang pada Neon), berbanding kelam/tebal (dark/fat) pada gitar singlecut berkayu mahogany (pernah dipasang pada Goldie dan Nightfall). Mitos tona-kayu sememangnya benar...
Nightfall yang sebelum ini menjadi perumah Sentient/Pegasus kini dipasang semula dengan pikap asal iaitu set EMG-HZ H4/H4A yang baru saja dikeluarkan daripada Goldie minggu lepas.
_____
AADI: Tidak lagi memiliki gitar berpikap Seymour Duncan.
1 comment
Sentient memang terbukti berkesan untuk posisi neck. Antara pickup fav peribadi. 👍🏾
Post a Comment