Kenapa berbaloi? Sexy white with black bindings, extreme shaped, signature of someone, dan harga tersenyum, why not? Beberapa tahun lepas, aku pernah kata yang aku tak begitu berminat dengan jenama BC Rich, kan? But, come on!~ No bass screams more metal than Warlock bass, hahaha...
BC Rich PFG Signature 5 (discontinued), bass berbentuk Warlock yang ikonik ini merupakan *ex-signature kepada bassist Trivium, Paolo Gregolleto. Diperolehi daripada Mega Music World, dikategorikan sebagai NOS (new old stock) dengan diskaun 40%, dah hampir sama dengan harga pasaran bass hijau bertali empat aku.
Buatan China nombor siri J01091233 yang aku interpret sebagai keluaran Januari 2009 produk yang ke-1233. Pikap jenis soapbar pasif disokong oleh elektronik (preamp) aktif, dengan empat tombol VOLUME, BLEND, TREBLE dan BASS.
Berskala lebih panjang 35" berbanding 34" pada versi 4-string (PFG Signature 4), tuning Bb-standard pun terasa agak longgar tali-talinya.
Agak panjang dan berat 4.9 kg (lebih berat daripada ex-Johnny 4.7 kg), mengingatkan aku zaman-zaman menggalas Black Ice suatu ketika dahulu. Dengan dimensi, berat, bentuknya yang ekstrim dan transisi kepada lima tali, memerlukan masa untuk beradaptasi.
Preamp yang ringkas, aku tak pasti model apa, mungkin in-house model. Dengan pematerian yang agak kemas walaupun wayar berserabut tidak diikat. Yang ini aku biarkan sahaja (as-is) selagi tak ada masalah.
Satu-satunya kerosakan yang aku dapat kesan ialah cat terkopek sedikit di bahagian bucu bawah, yang aku rasa bukanlah akibat pengeposan. Selain itu, ada beberapa tempat warna putih dah menjadi kekuningan terutama pada bahagian belakang neck - agak normal untuk gitar putih yang lama terdedah pada cahaya.
Disertakan sekali (pembelian berasingan sebenarnya, diskaun 55%) dengan gigbag BC Rich Universal yang boleh memuatkan hampir kesemua bass bentuk ekstrim klasik BC Rich - Warlock, Virgin, Widow, Beast, Bich, dll. Tapi untuk travelling, hardcase adalah mandatori.
Aksesori yang dibekalkan. |
*Paolo kini menggunakan bass Warwick dan bukan lagi BC Rich.
_____
AADI: Ramai pula rakan-rakan bassist Bintulu yang berminat dengan bass ni...
3 komen:
gitar bercabang ni membuatkan pemiliknya nampak hensem bila di atas stage :)
Posisi machine untuk tali seolah telah mengambil kira penafian headstock twist. Thumbs up BC Rich.
dah masuk 2 minggu, belum sempat dibawa jamming...
Post a Comment